
Pernah dengar tentang amalan diet dengan makan telur ? Diet Telur Rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Tapi tahu tak sebenarnya telur mentah dan telur separuh masak juga boleh membawa kuman? Telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan warga emas.
Ini kerana mereka mempunyai sistem imunisasi yang lemah terutamanya ibu hamil.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Imelda Balchin mendedahkan faktor utama telur separuh masak harus dielakkan golongan berkenaan.
Secara umumnya, telur mengandungi protein yang tinggi tetapi usus kita tidak boleh menghadam telur mentah atau separuh masak sepenuhnya.
Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia manakala hanya 50% protein daripada telur mentah yang boleh dihadam.
Dari segi khasiat pula, telur mentah dan telur separuh tidak digalakkan kerana ia pembawa kuman bakteria Salmonella.
Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras.
Bakteria Salmonella boleh menjadi penyakit serius, keracunan dan menyebabkan keguguran atau kematian janin.
Oleh sebab itu, telur mentah harus disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria itu.
Bersahur Guna Menu Dari Cendawan Boleh Buat Rasa Kenyang Tahan Lebih Lama

Hari ini masuk hari yang ke-7 puasa. MASKULIN yakin anda pun mesti rasa sudah ‘blur’ apa jenis menu yang hendak dimakan ketika bersahur atau berbuka.
Apatah lagi majoriti daripada kita kena memasak di rumah dek kerana PKP yang sedang berkuatkuasa sekarang. Sudah tiada kemeriahan bazar Ramadan seperti tahun-tahun terdahulu.
Sekali-sekala apa salahnya bertukar kepada menu yang mungkin agak lain daripada yang lain. MASKULIN yakin ramai di antara anda suka makan cendawan.
Ia merupakan tumbuhan yang ada banyak khasiat ini juga amat sesuai dijadikan sebagai juadah untuk bersahur agar rasa kenyang itu lebih tahan lama.
Jadi ia merupakan antara makanan yang cukup sesuai dimakan ketika bersahur sepanjang bulan Ramadan.

Satu kajian berkaitan dengan keperluan makanan untuk lebih kenyang menunjukkan bahawa makan sarapan dengan hidangan cendawan boleh membuatkan perut anda kenyang lebih lama dan tidak begitu lapar. Ia lebih bagus daripada anda menikmati nasi yang boleh menyebkan anda lebi rasa mengantuk.

Menerusi A health blog, kajian yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini telah mencapai keputusan bahawa cendawan boleh membuatkan anda lebih kenyang berbanding dengan daging, tetapi kajian ini tidak mengkaji nutrisi dan jumlah protein yang terdapat dalam cendawan tersebut.
Malah, kajian ini mencadangkan bahawa sama ada menggantikan cendawan untuk daging atau menggantikan beberapa daging dengan cendawan boleh menjadi nutrisi baik dan juga mengenyangkan perut anda dengan masa lebih lama.

Oleh sebab pakar saintifik telah menunjukkan protein menjadi makronutrien yang paling memuaskan, para penyelidik ingin memadankan kandungan protein dalam cendawan dan campur tangan daging untuk dasarnya mengawal bagaimana protein memberi kesan kenyang.
Selepas memadankan cendawan dan daging dengan kandungan protein, ternyata kedua-duanya mengandungi jumlah kalori yang sama, yang dalam pada masa yang sama, dapat membantu menghilangkan perasaan mudah lapar.
Cendawan Shiitake
Shiitake segar dan kering sangat terkenal dalam masakan Asia. Rasanya yang enak dan menyelerakan telah mendapat perhatian barat dan kini anda boleh dapatkan cendawan ini di luar Asia di mana-mana pasar raya sepanjang tahun.
Cendawan Tiram
Cendawan tiram merupakan cendawan liar yang terhasil pada musim luruh disebabkan cuaca sejuk dan lembap. Tiada masalah untuk menikmati cendawan tiram ini kerana ia boleh didapati di mana-mana pasar raya yang boleh dimasak secara rebus ataupun goreng.
Cendawan Jarum Emas
Juga dikenali sebagai cendawan bunga kobis, ia dikatakan boleh ebrtindaks ebagai agen toksik kepada sel tumor dan mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Kebiasaannya dimakan denganc ara merebus atau celur. Juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam masakan seperti sup.
Morels
Morel tumbuh dengan mudah di hutan utara America dan Eropah. Rasa unik mereka berharga kepada rakyat Perancis. Mereka lebih gemar menggunakan morel untuk dimasak dengan mentega atau digoreng rangup! Di Malaysia, anda boleh dapatkan di pasar raya besar, dan harganya tidak begitu murah, namun sekali sekala tak salah nak cuba kan?
Tip Jana Pendapatan Berniaga Sambilan Secara Online, Kena Cara Boleh Lebih Dari Gaji Sebenar

Penangan penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan nyawa dan kesihatan malah ia memberi impak cukup besar terhadap ekonomi. Sepanjang penularannya sejak dua tahun lalu banyak bisnes yang terpaksa gulung tikar.
Walaupun ia menampakkan pemulihan namun masih ramai lagi yang bergelut mencari kerja. Bagi yang masih mempunyai kerja pula mungkin berdepan dengan pemotongan gaji atau elaun yang diterima lebih sedikit. Lalu menjejaskan juga perbelanjaan bulanan terutamanya buat mereka yang sudah berkeluarga.
Untuk menambah pendapatan ramai yang mula berniaga secara online dengan berjinak-jinak dengan pelbagai jenis produk. Terdapat beberapa tarikan utama mengapa ramai memilih berniaga secara online. Di antaranya ialah ia mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding membuka premis perniagaan. Terdapat beberapa ciri-ciri perniagaan online mudah dilakukan di rumah.
PILIH PRODUK POPULAR
Tidak dapat dinafikan populariti sesuatu jenama produk memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Jenama popular lebih mudah dijual berbanding produk jenama baru atau tidak dikenali. Jadi pilihlah untuk berniagaan produk yang sudah dikenali ramai.
TIDAK PERLU MODAL BESAR
Bagi perniagaan online salah satu ciri-cirinya yang penting ialah tidak memerlukan modal yang besar. Dan anda juga tidak perlu membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan dalam bentuk begini. Dan lebih bijak jika anda memilih untuk menjadi dropship kepada pelbagai jenis produk.

RANGKAIAN LEBIH LUAS
Kelebihan berniaga secara online ialah rangkaian atau sasaran pelanggan yang boleh dicapai lebih luas. Apatah agi jika anda bijak mengendalikan laman media sosial yang kini telah sedikit-sebanyak berubah menjadi platform e-dagang.
TIDAK PERLU SIMPAN STOK BANYAK
Ciri perniagaan online yang mudah juga tidak memerlukan anda menyimpan syok yang banyak. Kos untuk menyimpan barangan juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi sekiranya produk tersebut mempunyai tarikh luput. Jadi, adalah amat penting untuk sesuatu perniagaan atas talian yang mudah untuk tidak memerlukan seseorang menyimpan stock dalam kuantiti yang banyak.
MENGULANG PESANAN
Pilih jenis perniagaan di mana produknya mempunyai petensi untuk diulang beli oleh pengguna. Sebagai contoh produk makanan atau produk yang diguanakan secara harian. Jika ada pelanggan tetap anda akan ada pendapatan yang lebih terjamin.
Ikuti dan subscribbe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
“Bebel Lah Sepanjang Hayat As Long As U Teman I…” Dr Say Shazril Shaharuddin

Lelaki dan perempuan diciptakan untuk melengkapi satu sama lain. Kalau isteri tiada di rumah siapalah suami jika semua kerja rumah isteri yang lakukan. Itulah yang dikongsikan oleh Dr. Say di Facebooknya.
“Saya ada maid dan maid ini ibarat second wife yang bila first wife tak ada, dia take over buat semua benda dari jaga Ace, masak dan kemas rumah.
“Senang cerita mungkin saya tak dapat menulis cerpen ini sebab mulut saya sedang berbuih (sawan akibat terlalu tertekan).” Guraunya di status miliknya.
Dia memberitahu dia sangat mengagumi sikap kehebatan isterinya dalam memahami perangai anaknya.
“Waktu bercuti baru-baru ini, Isteri saya sedang mandi, saya menjaga Ace sekejap. Ace mengangis, saya dukung Ace dan pasang lagu kegemarannya. Saya goyang-goyangkan Ace, tetapi Ace masih menangis.
“Selepas bini saya keluar bilik air terus dia tanya dah berikan susu kepada Ace ke? Masa itu Ace baru sahaja minum susu tak mungkin dia nak lagi, tetapi bini saya terus bancuh susu dan berikan pada Ace.
“Habis licin 6 ounce susu tu ibarat Thai Milk Tea Cha Tra Mue. Macam mane die tau Ace nak minum lagi?
Bukan itu sahaja, dia turut terpaku dan kagum dengan sikap isterinya yang hanya merehatkan diri selama 15minit dan kembali berkerja seperti biasa.
“Contoh lain, bini ngantuk di siang hari mintak sy tolong jaga Ace kejap maka saya turuti dukung Ace jenjalan dalam bilik.
“Sambil dukung Ace dalam kepala saya dok pikir bilalah isteri mahu bangun. Tup tap bini bangun dan tengok jam, dia berterima kasih kepada saya kerana menjaga Ace selama 15 minit.
“Terduduk lagi saya dibuatnya, biar betik 15 minit je? Apasal saya rasa macam 1 jam 15 minit! Bila turn saya tidur selepas satu jam, bini saya kejut. Padahal Saya rasa macam baru sahaja terlelap dan emosi kerana baru sahaja 15 minit saya tidur dan tak hilang lagi penat melayan Ace 15 minit tadi. Dari situ saya nampak kehebatan seorang bini ni.” Tulisnya lagi.
Kesimpulannya, dia berkata mungkin adakalanya seorang isteri agak ‘bising’ mulutnya tetapi hargailah pengorbanan mereka. Semua ini kerana dia bimbang suami zaman sekarang tukar bini seperti dia tukar kereta walhalnya ‘kereta lama’ itu lah yang banyak berjasa dengan kita.