Tip Baiki Cerek Elektrik Rosak & Tak Panas Dengan Modal Tak Sampai RM10

358

Antara kelengkapan rumah yang diguanakan hampir setiap hari ialah water heater atau cerek elektrik.

Tanpanya anda tak akan dapat minum kopi atau menikmati minuman panas yang lain. Malah ia juga digunakan untuk memasak air terutama bagi anda yang tak mempunyai penapis air di rumah.

Secara purata jangka hayat penggunaan sebuah cerek elektrik boleh mencapai paling kurang 5 tahun. Namun tahukah anda bahawa jangka hayat penggunaannya boleh dilanjutkan menjadi lebih lama dengan hanya memperbaikinya dengan kos cukup rendah.

Swetiap kediaman pasti akan ada cerek elektrik seperti ini.

BACA: Ingin Beli Kereta Terpakai? Ikuti 11 Tip Ini Sebelum Membelinya

MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada seorang juruelektrik menerusi blognya, www.syedisham79elektri.blogspot.com yang berkongsi tip sangat berguna.

Jika anda ada cerek elektrik yang sudah rosak atau tidak panas jangan buang atau campaknya ke dalam tong sampah dahulu. Jom ikuti cara bagaimana anda boleh mengembalikan cerek elektrik yang rosak menjadi pulih seperti sediakala.

Dengan menggunakan contoh model dan jenama cerek elektrik ini diharap anda boleh menjadikannya sebagai panduan.

BUKA PENUTUP

Pertama sekali buka terlebih dahulu penutup pemanas air. Kemudian buka kedua-dua skru yang terdapat di bahagian tepi. Kebiasaannya ia boleh dibuka dengan menggunakan pemutar skru mata philips.

TANGGALKAN DENGAN PERLAHAN

Seterusnya anda perlu ke bahagian bawah. Buka kesemua skru yang terdapat di bahagian tapak. Selepas kesemua skru ditanggalkan, sila tarik penutup pintu mengikut anak panah dengan perlahan-lahan.

TANGGALKAN TERMINAL PLUG

Apabila bahagian pintu dicabut anada akan dapat lihat terminal plug yang terdapat di dalamnya. Tanggalkan ketiga-tiga skru yang terdapat pada terminal plug di bahagian pemanas.

UJI HEATER

Selepas anda membuka skru dan menanggalkan terminal plug, sila uji terlbih dahulu dengan menggunakan multimeter. Tetapkan multimeter pada 1k ohm. Jika dapati jarum bergerak naik itu bermakna pemanas masih dalam keadaan baik. Jika tidak itu bermakna terminal plug dah tak berfungsi atau alami kerosakan.

BAHAGIAN TERBAKAR

Jika terminal plug rosak ia biasanya disebabkan bahagian dalamnya sudah terbakar. Usah risau kerana anda boleh dapatkan terminal plug yang baru di kedai perkakasan elektrik. Malah harganya juga tidak lebih daripada RM10!

Semoga perkongsian daripada beliau boleh memberikan manfaat kepada anda di masa akan datang.

Sumber: syedisham79elektrik.blogspot.com

Tinggalkan Komen