Bila kereta tak dapat dihidupkan apakah perkara pertama yang kita akan periksa? MASKULIN yakin ramai di antara anda pastinya akan terus ingin periksa kondisi bateri kereta.

Ya, bateri kereta merupakan satu komponen kereta yang sangat penting. Salah satu fungsi utamanya ialah memastikan kereta boleh dihidupkan dan kekal beroperasi.

Kuasa elektrik yang diperlukan oleh kereta untuk bergerak disimpan di dalam bateri. Jadi amatlah penting untuk kita tahu dan jaga bateri dengan baik. Jika hanya tahu guna sahaja, nescaya bateri akan terus ‘kong’ dalam tempih setahun.

Jika penjagaan betul-betul diselanggaran dengan baik ia mampu bertahanh sehingga 3 tahun! Malah guna dengan betul-betul baik ia boleh terus digunakan sehingga 4 tahun. Selain selalu melakukan penyelenggaraan atau servis di bengkel atau khidmat mekanik, terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh lakukan sendiri.

PERIKSA ARAS AIR BATERI

Buat anda yang menggunakan bateri sel basah, pemeriksaan kandungan air bateri hendaklah dilakukan dengan berkala. Bagi bateri jenis ini, anda perlu memeriksa cecair bateri dan perlu menambahnya dari semasa ke semasa. Jika anda biarkan ia kering ia akan menjejaskan jangka hayat sebenarnya. Aras air bateri perlu mencecah bahagian bawah lubang isian setiap kali ‘top up’.

  • Buka penutup untuk memeriksa aras air bateri. Sesetengah bateri memang tidak mempunyai penutup (biasanya bateri bebas-selenggara)
  • Tambah air bateri jika arasnya terlalu rendah. Gunakan corong dan tambah secukupnya. Jangan sampai melimpah keluar

KEDUDUKAN BATERI

Foto: motorera.com

Nampak macam remeh tapi kedudukan bateri yang betul boleh memberikan kebaikan terhadap jangka hayatnya. Kebanyakan bateri mempunyai kotak plastik tahan lasak dengan dua sambungan terminal untuk kabel positif dan negatif. Manakala, bahagian terminal bateri pula diperbuat daripada plumbum ataupun tembaga.

IKLAN

Jika ingin menanggalkan bateri untuk dibersihkan pastikan kedudukan positif dan negatif agar tidak tersalah pasang kemudiannya.

BERSIHKAN TERMINAL BATERI

Pastikan terminal sambungan pada bateri sentiasa bersih. Cara membersihkannya pun tidaklah sukar. Pertama tanggalkan kabel sambungan dan jauhkan daripada terminal bateri. Kemudian bersihkan dengan berus dawai dengan menggunakan bancuhan air dan juga soda bikarbonat.

Seterusnya gosok secara perlahan-lahan sehingga bersih dari kesan garam asid. Dan ingat, jangan gunakan tukul ketika ingin pasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgar skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kabel.

IKLAN

PERIKSA VOLTAN

Foto: amainsider.com

Ketika anda menghantar kereta untuk servis di bengkel, pastikan anda meminta mekanik untuk memeriksa kadar voltan bateri. Bengkel kebiasaanya mempunyai alat khas untuk memeriksanya.

Pastikan bateri anda mempunyai cas penuh sebelum diuji. Kadangkala, alat penguji bateri akan memberi bacaan “Bad Battery” jika bateri yang diuji tidak mampunyai cas penuh, walaupun bateri tersebut dalam keadaan baik.

GUNA GRIS TAHAN PANAS

Bagi mengelakkan berlakukanya hakisan dan karat di bahagian terminal bateri, anda boleh menyapu gris tahan panas di kawasan tersebut.

IKLAN

PEMERIKSAAN BERKALA

Business photo created by peoplecreations – www.freepik.com

Antara cara terbaik untuk pastikan bateri sentiasa dalam keadaan baik dan optimum ialah dengan melakukan pemeriksaan berkala setiap 5000 kilometer. Atau anda boleh periksanya setiap tiga bukan sekali.

KONDISI PENEBAT

Jika bateri anda mempunyai penebat dana insulator periksalah dari semasa ke semasa. Sesetengah kereta mempunyai penebat ini untuk melindungi bateri daripada kepanasan melampau, sekaligus mengeringkan cecair bateri dengan cepat. Penebat ini mesti ada ditempatnya dan dalam keadaan baik.

Semoga perkongsiaan ini memberikan manfaat buat anda dalam penjagaan kereta. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN!

Dan tontin RODA PANAS setiap Isnin, jam 9:30 malam di Astro Naura!