
UA Flow Velociti Wind 2 – All Out Mile
Bagi anda yang aktif melakukan larian, mendapatkan catatan masa dengan baik serta jarak yang lebih jauh merupakan cabaran yang sentiasa ingin dipertingkatkan.
Jiwa seorang pelari pasti akan menjadi kompetitif sama ada bersaing dengan diri sendiri atau orang lain. Untuk memantapkan kualiti larian salah satu faktor paling penting ialah kasut yang mampu membantu melancarkan larian.
Lebih mengagumkan selain keselesaan maksimum dapat dirasai ketika melakukan larian bersamanya, UA Velociti Flow Wind 2 juga cukup ringan.
Dihasilkan dengan teknologi sains sukan tercanggih Under Armour, kasut ini bebas daripada tapak getah yang berat. Malah dengan teknologi UA Velociti Flow Wind 2 ia mengetengahkan midsole paling ringan dalam barisan kasut larian Under Armour.
Mungkin inilah masanya anda menyahut cabaran Under Armour untuk sertai ‘All Out Mile’ bersama jutaan pelari di seluruh dunia pada 1 Jun 2022 ini.
Sekarang masanya untuk mantapkan latihan, perkuatkan stamina dan baiki catatan masa larian Bersama UA Velociti Flow Wind 2!
Jadi jika ingin mendapatkan bukan sahaja keselesaan luar biasa tetapi prestasi larian terbaik, UA Flow Velociti Wind 2 adalah jawapannya!
Info lanjut, layari: https://www.instagram.com/underarmoursoutheastasia/