Warganet Lancar Gofundme Eggboi Untuk Yuran Guaman & Beli Lebih Banyak Telur!

187

Seluruh dunia terutamanya umat Islam dan juga rakyat New Zealand khususnya berduka dengan tragdei pengganas ekstemis kulit putih yang mengganas di Christchurch.

Dalam tragedi berdarah itu seramai 50 orang umat Islam menjadi mangsa yang turut terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan juga warga tua.

Selepas kejadian menggemparkan dunia itu pelbagai kenyataan dan ucapan takziah telah diberika oleh pemimpin-pemimpin dunia. Namun malangnya ada juga yang menjadikan tragedi ini sebagai peluang untuk menyebarkan lebih lagi kebencian terhadap umat Islam.

Antaranya ialah ahli politik Australia yang juga seorang senator Fraser Anning. Dia yang terkenal dengan fahaman sayap kanannya menyalahkan umat Islam dan imigran sebagai punca perkara ini berlaku.
Sehubungan kenyataan yang seolah bercakap tanpa menggunakan akal tersebut pelbagai kecaman telah dan kritikan telah disuarakan kepadanya.

Namun pada 16 Mac lalu, muncul seorang wira yang tak didendang. Dan wira itu muncul dalam bentuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bernama Will Connolly atau kini lebih popular dengan panggilan EggBoi.

MASKULIN yakin anda pastinya sudah meilhat video bagaimana EggBoi memecahkan telur di atas kepala Fraser Anning di sebuah sidang media. Ia merupakan satu tidnakan protes terhadap kenyataan rasis Fraser yang telah menimbulkan kemarahan di peringkat global.

Lantaran tindakan itu, EggBoi telah tular di laman media sosial dan kini menjadi ikon penolakan terhadap fahaman ekstremisme yang bersifat rasis.

Menerusi video tersebut dia telah ditumbuk dan dicekik oleh pengikut Fraser. Malah ada yang menendang remaja yang langsung tak melawan.

Dia kemudian dibawa oleh pihak polis dan tak lama selepas itu dilepaskan tanpa sebarang tuduhan.

Tidak lama selepas itu sebuah akaun gofundme telah dibuka oleh warganet dan menyasarkan kutipan sebanyak $2,000 sahaja. Ia bagi membantu Will mendapatkan khidmat guaman dan membeli lebih banyak telur!

Sehingga hari ini kutipan tersebut telah melepasi sasaran dengan begitu banyak sekali. Sehingga jam 3 petang (waktu Malaysia) kutipan telah melebihi $45,000!

Sementara itu petisyen untuk memecat Fraser daripada menjawat jawatan kerajaan juga mendapat sambutan luar biasa dan menghampiri angka sasaran. Sehingga kini lebih 1.2 juta tandatangan telah diperolehi. Sasaran petisyen ini ialah 1.5 juta. MASKULIN percata lewat hari ini ia pasti mendapat jumlah sasaran!

Tinggalkan Komen