Memasang atau menggunakan aksesori tambahan di dalam kereta merupakan perkara lazim yang dilakukan oleh pemilik kenderaan. Kebanyakan aksesori yang dipasang atau digunakan tersebut dipercayai mampu memberikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik dan tidak ditawarkan hadir bersama dengan kereta standard.

Tapi sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa ada sesetengah aksesori kereta tidak sesuai digunakan. Malah ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya sama ada meningkatkan risiko kemalangan dan juga faktor keselamatan yang lain.

Regulasi barang aksesori dan produk tambahan untuk kereta sebenarnya sudah ada namun tidak ramai yang ambil serius akan hal ini. Tambahan pula di pasaran online sekarang sangat mudah untuk dapatkan aksesori yang murah. Tapi sejauh manakah faktor keselamatan ia dapat tawarkan kepada pengguna?

Terdapat beberapa jenis aksesori yang tidak selamat dan bahaya digunakan. Berikut MASKULIN kongsikan.

KARPET KERETA

Jenis-Jenis Aksesori Kereta Bahaya Untuk Digunakan, Ramai Tak Tahu Akan Risikonya!

IKLAN

Karpet kereta yang dimaksudkan di sini ialah karpet di bahagian pemandu yang tidak mempunyai saiz yang betul. Penggunaan karpet bersaiz lebih besar dari yang biasa boleh menyebabkan pedal brek tersangkut padanya. Ia sekaligus menyebabkan kereta akan brek dengan mengejut.

DASHBOARD COVER

Jenis-Jenis Aksesori Kereta Bahaya Untuk Digunakan, Ramai Tak Tahu Akan Risikonya!

Pemilik kereta yang kononnya ingin menjaga kondisi dashboard atau papan pemuka sering menggunakan dashboard cover. Dan penggunaan ini sebenarnya agak bahaya kerana ia boleh menghalang airbag keluar dengan sempurna jika berlakunya kemalangan. Jadi elaklah gunakan aksesori seperti ini.

IKLAN

KLIP SEATBELT

Jenis-Jenis Aksesori Kereta Bahaya Untuk Digunakan, Ramai Tak Tahu Akan Risikonya!

Tahukah anda tali pinggang keledar kereta dihasilkan selepas melalui ujian yang sangat ketat? Jadi MASKULIN sendiri agak kurang faham kenapa ada orang suka menggunakan klip seatbelt. Kadang-kadang orang yang suka guna klip ini kerana tidak mahu menggunakan tali pinggang tetapi dalam masa sama tidak mahu penggera amaran berbunyi.

Penggunaan klip ini bersama dengan tali pinggang pula tidak menjamin keselamatan yang baik. Jika berlaku impak kuat besar kemungkinan ia boleh pecah atau tercabut. Lebih teruk insurans juga tidak akan cover jika dapati anda gunakan aksesori seperti ini!

IKLAN

HIASAN PADA CERMIN PANDANG BELAKANG

Jenis-Jenis Aksesori Kereta Bahaya Untuk Digunakan, Ramai Tak Tahu Akan Risikonya!

Cermin pandang belakang sering dijadikan lokasi pemandu untuk serlahkan kreativiti atau personaliti mereka. Antaranya ialah aksesori seperti rantai, tasbih malah tali fon telinga. Ia sebenarnya tidak selamat bukan sahaja untuk anda malah kepada penumpang.

Kredit: Tik Tok Adrianchiaa

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=417s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI