back to top
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Badan Sado Tapi Kaki Kecil, Ini Tip Elak Sindrom Chicken Leg Perlu...

Badan Sado Tapi Kaki Kecil, Ini Tip Elak Sindrom Chicken Leg Perlu Lelaki Tahu!

Fitness Madness : Badan Sado Tapi Kaki Kecil, Ini Tip Elak Sindrom Chicken Leg Perlu Lelaki Tahu! Ep4

Pernahkah anda melihat individu di gimnasium mahupun sekitar mempunyai tubuh mantap, dada bidang namun kaki yang sedikit kecil? Apabila terlalu taasub dengan bentuk tubuh, kadang kala senaman membentuk kaki dilupakan hingga memperlihatkan ketidakseimbangan badan. Kaki merupakan antara otot yang paling besar dalam tubuh badan kita kerana terdapatnya tulang yang panjang dan besar, selain menyokong tubuh badan yang berat.Ironinya, tidak ramai yang melakukan senaman di bahagian kaki kerana bahagian ini tidak menonjol dan senamannya lebih memenatkan. Hanya orang yang kuat mental sahaja akan melakukan senaman kaki kerana senaman ini turut memerlukan kekuatan fizikal juga. Bersama Fitness Madness kita fahami kepentingan senaman otot kaki ini bagi mengelakkan dari terjadinya sindrom chicken leg ini. Follow @MaskulinMag #FitnessMadness #MaskulinMag #Maskulin



Video Berkaitan