Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Maskulin Special Aidiladha : Bolehkah Berkongsi Seekor Lembu Untuk Dikorbankan?

Maskulin Special Aidiladha : Bolehkah Berkongsi Seekor Lembu Untuk Dikorbankan?

SALAM AIDILADHA Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. #MASKULINMAG #MASKULINSPECIALAIDILADHA #MASKULIN



Video Berkaitan