Ads
Home Maskulin Special Aidiladha : Keistimewaan Orang Yang Melakukan Ibadah Korban?

Maskulin Special Aidiladha : Keistimewaan Orang Yang Melakukan Ibadah Korban?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)

Korban Zahirkan Kesyukuran

Jika difahami maksud ayat itu, segala nikmat diterima sama ada kebaikan yang banyak atau segala bentuk kelebihan dimiliki, sewajarnya dizahirkan kesyukuran dengan bersembahyang dan menyembelih korban untuk-Nya.

Ibadah korban disyariatkan khusus pada Zulhijah dan berlakunya peristiwa perhimpunan berjuta-juta tetamu Allah SWT di Makkah bagi menzahirkan kehambaan kepada-Nya.

Pensyariatan ibadah korban bukan hanya sekadar melaksanakan aktiviti dan ritual keagamaan dengan penyembelihan binatang atau menunaikan haji di Makkah semata-mata, maksud sebenar ibadah korban itu lebih luas.

Sangat indah ajaran Islam, Allah SWT menawarkan pelbagai pendekatan untuk umatnya mengamalkan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini semua erti dan nilai ketaatan hamba untuk dipersembahkan kepada Pencipta-Nya.

Follow MaskulinMag

#MaskulinMag #MaskulinSpecialAidiladha #Maskulin



Video Berkaitan