back to top
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Simptom- Simptom Gejala Kemurungan

Simptom- Simptom Gejala Kemurungan

Tip penjagaan kesihatan mental semasa PKP
A. Ketahui fakta Kebiasaannya otak mudah tertekan dan terganggu apabila menghadapi situasi yang tidak diketahui dan tak pasti seperti Covid-19. Fakta diperlukan supaya otak boleh merancang, bersedia dan menyelesaikan masalah, namun perlulah merujuk sumber yang dipercayai serta tepat.
B. Tumpu kepada maklumat yang ingin diketahui untuk tindakan berikutnya Atasi pemikiran negatif dengan memperoleh maklumat tepat untuk melakukan aktiviti berfaedah. Buat senarai tugas kerana tindakan ini mampu membuatkan rasa lebih bertenaga dan selamat.
C. Rutin Cara terbaik untuk kekal tenang dan berfokus ialah mengekalkan rutin harian seperti bersenam, makan, membaca buku dan tidur. Aktiviti ini dapat mengelakkan kebosanan, keresahan dan berfikir secara berlebihan.
D. Menapis maklumat Pilih maklumat yang berkualiti dan diperlukan saja bagi mengelakkan terdedah kepada maklumat tidak tepat yang akhirnya mengganggu emosi.
E. Hubungan sosial Memperkukuhkan hubungan sosial dengan ahli keluarga dan rakan kerana ia dapat mengurangkan tekanan sekali gus meningkatkan tahap kesihatan. Hubungan ini boleh dipereratkan menerusi panggilan telefon dan komunikasi menggunakan Internet.
Follow MaskulinMag di Instagram dan Youtube #JagaDIriJagaEmosi

SHOW LESS



Video Berkaitan