Terlalu Nak Perfect Di Media Sosial, Undang Depresi
Media sosial bukanlah faktor atau punca utama, tetapi ia boleh menyumbang kepada penyakit mental. Masyarakat perlu faham, ia memerlukan banyak faktor untuk seseorang itu mendapat penyakit mental. Boleh jadi ia berpunca daripada trauma akibat kejadian lampau seperti penderaan emosi, seksual atau fizikal.
Faktor genetik juga boleh dikaitkan. Sekarang, perkataan depresi dipakai secara longgar menyebabkan stigma mengenainya menjadi menebal. Ia bukan sekadar tekanan emosi, resah atau gelisah. Apabila hal ini berlaku, ramai yang akan ambil mudah ke atas mereka yang betul-betul ada penyakit mental. Follow MaskulinMag di Instagram dan Youtube