Home 'Morning Wood' Normal Ke Setiap Pagi Begini?

‘Morning Wood’ Normal Ke Setiap Pagi Begini?

Bagaimana terjadinya ereksi?

Ereksi tidak berlaku disebabkan oleh rangsangan seksual semata-mata. Ia merupakan satu tindak balas kompleks yang disebabkan oleh sistem saraf dan sistem endokrin terhadap salur darah pada alat sulit.

Lebih banyak darah akan mengalir masuk berbanding dengan darah yang mengalir keluar menyebabkan berlakunya ereksi.

Lelaki mempunyai hormon yang boleh mempengaruhi tindak balas otak terhadap ereksi. Hormon tersebut adalah hormon testosteron.

Apa yang lebih menariknya, ada juga ereksi yang berlaku tanpa melibatkan otak. Ia merupakan tindakan yang tidak boleh dikawal dan isyaratnya berasal dari saraf tunjang.

Sebab itulah ada ereksi yang berlaku walaupun ketika tiada rangsangan seksual. Ia tidak boleh dikaitkan dengan satu punca semata-mata.



Video Berkaitan