Ads

Apple Lancar macOS Catalina Hari Ini & Menyaksikan Berkuburnya iTunes

Secara rasminya hari ini, Apple telah melancarkan operasi sistem terbaru macOS Catalina. Terdapat banyak penambahbaikan yang diperkenalkan oleh Apple menerusi sistem operasi terkini mereka.

Tapi sebelum itu, marilah kita menjenguk seketika apakah yang terpaksa ‘dikuburkan’ oleh Apple untuk memastikan mereka terus bergerak ke hadapan dengan pelbagai inovasi baru.

Buat anda yang memuat turun operasi sistem ini, pastinya perasan bahawa aplikasi iTunes sudah tiada. Ya, peneman setia muzik serta pelbagai kandungan muzik, podcast dan sebagainya selama 18 tahun kini sudah ‘pupus’.

Apple telah membahagikan kepada beberapa segmen spesifik iaitu Apple Musix, Podcast dan TV.

Ads
Apple Lancar macOS Catalina Hari Ini & Menyaksikan Berkuburnya iTunes
MUSIC
Apple Lancar macOS Catalina Hari Ini & Menyaksikan Berkuburnya iTunes
PODCAST
Apple Lancar macOS Catalina Hari Ini & Menyaksikan Berkuburnya iTunes
TV

Secara teknikalnya ia bukanlah dikuburkabn begitu sahaja cuma diganti oleh aplikasi yang lebih baik, lancar dan terperinci.

BACA: 5 Setting Facebook Berguna Yang Tak Ramai Orang Tahu

Untuk Mac anda menerusi macOS Catalina, Apple Arcade turut diperkenalkan di mana pelbagai permainan video eksklusif boleh anda nikmati. Manakala di antara ciri baru diperkenalkan ialah Sidecar.

Ads

Ia membenarkan anda melakukan sambungan visual daripada Mac Desktop ke iPad yang bertindak sebagai paparan kedua.

Apple Lancar macOS Catalina Hari Ini & Menyaksikan Berkuburnya iTunes
SIDECAR

Voice Control pula membolehkan Mac dikawal sepenuhnya menggunakan arahan suara. Selain itu, Screen Time pula memberi info mendalam tentang aktiviti penggunaan anda sama seperti terdapat di iPhone.

Ads

Mac Catalyst pula teknologi bari daripada Apple yang membolehkan pemaju third-party membawakan aplikasi iPad terus ke Mac.

Apa pendapat anda tentang sistem operasi terkini daripada Apple?

Sumber: Apple

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.