Melakukan senaman secara konsisten sememangnya penting bukan sahaja untuk membakar lemak tetapi boleh merealisasikan impian anda untuk memiliki bentuk badan ideal.
Google sahaja kebaikan bersenam, nyata terlalu banyak manfaat yang boleh anda dapat terutamanya untuk tubuh badan dan kesihatan diri.
Jangan jadikan alasan untuk tidak bersenam dan mengeluarkan peluh disebabkan anda tiada peralatan ataupun tidak ke gimnasium.
Ini kerana terlalu banyak jenis senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah dan dalam masa sama, manfaatnya juga setanding anda bersenam di gimnasium.
Selain membakar lemak, jenis-jenis senaman ini juga mempunyai pelbagai manfaat yang tubuh badan.
* Lakukan kesemua senaman ini dalam tempoh 30 saat workout dan 10 saat rehat.
Senaman ini dilakukan seolah-olah anda sedang melakukan senaman skipping atau lompat tali.
Manfaatnya:
1. Menurut Science Daily, senaman ini boleh membakar lebih banyak kalori berbanding berjoging selama 30 minit.
2. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa keputusan ujian tikus makmal melompat 40 kali seminggu telah meningkatkan ketumpatan tulang selepas 24 minggu.
3. Lakukan 3-5 kali seminggu untuk 12-20 minit untuk meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular dan paru-paru.
4. Senaman ini juga dapat memperbaiki pernafasan.
2. Star Jump
Senaman ini turut dikenali dengan nama jumping jack atau lompat bintang.
Manfaatnya:
1. Star Jump adalah latihan kardio aerobik yang dapat menyihatkan otot-otot jantung.
2. Senaman ini dapat membakar banyak kalori sehingga mencipta keseimbangan energi negatif di dalam tubuh badan.
3. Saat anda melompat dan mendarat secara lembut pada waktu yang sempurna akan meningkatkan stamina dan keseimbangan tubuh badan.
4. Senaman ini juga dapat membantu menurunkan peningkatan stres.
5. Dapat mengurangkan lemak dan mengencangkan otot sehingga membentuk paha, punggung, betis, bahu dan lengan.
Ads
3. Butt Kick
Senaman jenis latihan plyometric ini dianggap sebagai latihan larian utama bagi atlet yang ingin mendapatkan prestasi yang lebih baik, kecekapan dalam kemajuan larian dan melindungi daripada kecederaan.
Manfaatnya:
1. Mengencangkan otot paha belakang dan merehatkan otot paha depan saat anda melakukan pergantian kaki (leg turnover) secara cepat.
2. Tendangan pada bahagian belakang paha dan punggung ini dapat membantu meningkatkan kelajuan kontraksi hamstring yang dapat membantu anda berlari dengan lebih cepat.
3. Efektif dalam membentuk dan menaikkan otot punggung.
4. High Knees
Asasnya, ia adalah senaman dalam posisi berlari, dengan lutut diangkat ke ketinggian pinggul pada setiap langkah. Gunakan lengan bagi memberi kekuatan tambahan untuk meningkatkan kadar intensiti.
Manfaatnya:
1. Dapat meningkatkan keupayaan dan memberi kekuatan pada otot kaki.
2. Meningkatkan stamina dan ketahanan tubuh badan.
3. Ia juga dapat menguatkan keupayaan anda untuk melompat.
4. Jika dilakukan secara konsisten, high knees akan menjadikan anda pelari yang lebih baik.
Ads
5. Cross-Over-Toe-Touches
Senaman ini juga dikenali sebagai windmills kerana badan anda menyerupai kincir angin semasa melakukan pergerakan, selain dipanggil toe touch cross-overs.
Manfaatnya:
1. Menstabilkan tubuh badan agar lebih baik.
2. Meningkatkan kekuatan teras dan memberi sokongan pada tulang belakang.
3. Memberi fungsi pada banyak otot iaitu otot bahu, punggung bahagian bawah, glute dan bahagian pinggang.
4. Membakar lebih banyak kalori.
6. Lunges (Fast)
Senaman ini dilakukan dengan satu kaki di hadapan seolah-olah anda dalam keadaan duduk, manakala sebelah kaki lagi di belakang yang hampir lurus. Tekan pada jari kaki.
Manfaatnya:
1. Mengurangkan beban (decompression) pada tulang belakang dan memberi peluang pada tulang belakang untuk ‘relax’.
2. Memberi postur tubuh yang lebih baik.
3. Meningkatkan fleksibiliti dan kelenturan bahagian pinggul.
4. Menyasarkan kebanyakan otot di bahagian bawah badan (lower body) sekali gus menguatkan bahagian kaki dan punggung.
5. Meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan berat badan dengan cepat.
7. Jump Squats
Senaman jump squats ini seakan-akan sama dengan senaman squat biasa cuma ia menggabungkan unsur kardio (lompatan) dalam satu pergerakan.
Manfaatnya:
1. Solusi untuk melancarkan peredaran darah dan membakar lemak selulit.
2. Meningkatkan metabolisme tubuh.
3. Efektif untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
4. Membantu membina otot kaki agar lebih kuat dengan mengeluarkan hormon yang menggalakkan pembinaan otot lebih baik.
5. Menggalakkan penyebaran nutrisi yang lebih baik ke seluruh badan dan melancarkan penghadaman.
Subscribe dan tonton pelbagai video-video Fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Air merupakan elemen yang sangat penting dalam hidup kita. Malah tanpa air manusia boleh berdepan maut jika tkandungan air dalam badan tidak mencukupi.
Dalam kehidupan harian kita juga jumlah pengambilan air juga sangat penting. Jadi apakah faktor-faktor yang menentukan jumlah air yang harus kita ambil dalam sehari?
1. Berat Badan
Semakin besar atau lebih berat badan seseorang itu, maka lebih banyak air yang diperlukan.
2. Tahap senaman yang dilakukan
Apabila membuat senaman atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membuatkan kita berpeluh, kita perlu minum air tambahan bagi mengimbangi kehilangan cecair. Tambahan air sebanyak 400-600 ml (kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan) adalah mencukupi untuk senaman yang ringkas, tetapi senaman yang berpanjangan yang lebih daripada satu jam (contohnya, berlari marathon) akan memerlukan pengambilan cecair yang lebih banyak.
3. Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi memerlukan cecair tambahan untuk sentiasa terhidrat. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa wanita hamil minum 2.3 liter (kira-kira 10 cawan) cecair setiap hari dan wanita yang menyusukan bayi mengambil 3.1 liter (kira-kira 13 cawan) air sehari.
4. Berada pada tempat yang amat tinggi
Tahap ketinggian yang lebih daripada 8200 kaki (2,500 meter) boleh mengakibatkan pembuangan air kecil yang lebih kerap serta pernafasan yang lebih cepat. Penggunaan rizab cecair yang berlebihan akan mendorong kita untuk minum air yang lebih.
5. Berada dalam iklim yang sangat panas atau sejuk
Cuaca yang panas atau lembabp boleh membuat kita berpeluh dan memerlukan pengambilan tambahan cecair. Udara dalaman yang dipanaskan juga boleh menyebabkan kulit kita kehilangan kelembapan semasa musim sejuk.
6. Ketika sakit atau kurang sihat
Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah atau cirit-birit, badan kita kehilangan banyak cecair (dehidrasi). Dalam keadaan ini, anda mesti minum lebih banyak air. Dalam kes jangkitan pundi kencing atau batu saluran kencing, cecair tambahan juga diperlukan.
Sekiranya badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia terpaksa bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Jika keadaan ini berlarutan, lama kelamaan ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya boleh mendapat sakit buah pinggang.
Walau apapun, bersederhanalah dalam pengambilan air yang mencukupi iaitu antara 2 hingga 4 liter air sehari bagi terutamanya jika anda berdiet atkins. Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertama sekali pemilihan yang betul boleh mengelak anda daripada mengalami kecederaan seperti terseliuh, otot koyak dan juga kecederaan fizikal luaran yang lain.
Sebelum menggunakan dumbbell sebagai salah satu alat senaman anda harus mengikuti beberapa langkah penting. Harus ingat setiap senaman berbeza memerlukan dumbbell yang juga berbeza.
Begitu juga dengan skil dan tahap kekuatan fizikal anda. Apa yang penting jangan tergopoh-gapah nak tunjuk handal dan terus jump kepada dumbbell berat.
Ikuti 5 cara memilih dumbbell dengan betul
KEKUATAN SENDIRI
Anda adalah orang yang terbaik untuk tentukan kekuatan dan keupayaan sendiri. Sebelum mula latihan tetapkan dahulu sasaran kerana ia boleh menentukan jenis dumbbell mana yang sesuai digunakan. Sebagai contoh jika ingin bina otot, dumbbell yang berat lebih sesuai. Manakala yang bersaiz medium sesuai untuk membesarkan otot dada, kaki dan belakang badan.
JENIS SENAMAM
Bergantung kepada jenis senaman anda memerlukan dumbbell yang mempunyai berat berbeza. Sebagai contoh jika melakukan basic curl anda perlu dumbbell 5 kilogram. Manakala jika melakukan squat mungkin ada perlu dumbbell yang lebih berat 10 kilogram. Mulakan apa jua jenis senaman baru dengan dumbbell yang ringan kemudian beransur-ansur kepada lebih berat.
SESI BERSAMA TRAINER
Jika anda baru mula menggunakan dumbbell sebagai alat senaman, silalah berlatih dengan trainer. Mereka akan dapat menentukan anda memerlukan dumbbell yang sesuai berdasarkan skil, ketahanan dan berat badan. Banyak gimnasium mempunyai krew terlatih jadi janganlah malu untuk dapatkan bantuan mereka.
MULA DARI BAWAH
Seperti yang kami katakan di atas adna tak boleh tergopoh-gapah untuk terus menggunakan dumbbell yang berat. Sebaliknya mulalah dari bawah dengan membiasakan diri deangan berat sesuai. Jika sudah selesa anda boleh terus menukar ke berat lebih tinggi mengikut keupayaan fizikal. Untuk sentiasa alert, catatlah rutin work out anda untuk mengetahui sejauh mana anda telah berjaya.
TAHU JIKA BELUM BERSEDIA
Kadang-kadang minda kita boleh memperdayakan kekuatan sendiri. Dalam kepada anda yakin untuk melakukannya sedangkan badan anda masih belum sampai ke tahap itu. Disebabkan itulah anda perlu tahu bila untuk berhenti dan step back. Jika anda tak boleh melakukan 7 rep berturut-turut itu bermakna anda belum bersedia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita hilang keyakinan diri. Namun kita haruslah berani untuk mengubah penampilannya daripada seorang yang memiliki berat badan berlebihan kepada seorang jejaka yang sangat segak. Hal ini berlaku kepada Gwilym Pugh, yang berasal dari London ini berjaya membuatkan ramai orang kagum dengan perubahan imejnya yang kini bergelar seorang model terkenal.
Punca Berat Badan Naik
Berat badan Gwilym mula bertambah apabila dia memulakan perniagaan insurans nyawa dan hanya bekerja daripada rumah pada usianya 21 tahun. Perniagaan yang dijalankannya tidak memerlukan dia untuk melakukan pergerakan yang banyak, dan akhirnya menyebabkan berat badannya bertambah tanpa disedari. Bekerja hampir 12 jam sehari menyebabkan Gwilym tidak mempunyai masa untuk bersukan atau bersenam. Walaupun perniagaannya berjalan dengan lancar namun masalah berat badan yang melanda membuatkan dia hilang keyakinan diri.
Menyedari hakikat tersebut, dia tekad untuk berubah dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
“Perniagaan saya berjalan lancar tapi saya juga mempunyai berat badan yang berlebihan. Bekerja 12 jam sehari membuatkan saya tidak sempat untuk bersenam. Saya juga tekad untuk mulai menjaga kesihatan diri,” ujar Gwilym seperti yang dipetik dari The Mirror.
Mula Jaga Pemakanan & Bersenam
Gwilym mula dengan pengambilan makanan yang rendah kalori. Malah dia juga tekad untuk berhenti dari meneruskan perniagaan dari rumah yang dilakukannya.
“Itu adalah perkara terbaik untuk kesihatan saya kerana saya berhenti duduk selama 9 hingga 10 jam sehari. Selepas itu, saya banyakkkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 ribu langkah setiap hari,” terang Gwilym.
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan sehingga 127 kilogram dari berat asalnya. Wow!
Gwilym juga kini bergelar seorang model popular. Wajahnya juga menghiasi halaman majalan GQ dan Hunger. Lebih membanggakan lagi apabila dia terpilih menjadi ikon di samping David Beckham.
Seiring dengan penurunan berat badannya, dia juga turut terpilih menjadi wajah untuk koleksi Nathan Palmer pada tahun 2015 dan diundang menjadi model bagi ACMK, London. Dia juga sudah menjayakan banyak iklan-iklan besar seperti Vans, Bud Light dan Diesel.
Dia juga telah dipilih menjadi duta produk kecantikan untuk lelaki milik Becham iaitu House 99.
Wah, menarik bukan? Malah rahsia Gwilym berjaya menurunkan berat badannya hanyalah banyakkan berjalan kaki serta mengambil makanan rendah kalori.
Jadi dah tahu rahsia ni cepat la berubah kepada kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.