Ads

Tangan Anda Kasar? Jangan Ambil Mudah, Lakukan Amalan Ini Sebelum Terlambat!

Ketika penularan wabak COVID-19, pakar kesihatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan setiap individu untuk kerap mencuci tangan terutamanya apabila melakukan aktiviti atau mempunyai kontak luar dari rumah.

Ia harus menjadi tabiat yang dilakukan dalam penjagaan kebersihan diri harian. Namun ada satu masalah yang biasa berlaku apabila terlalu kerap membasuh tangan iaitu kulit kering hingga menimbulkan ketidakselesaan.

Tambah lagi kita lelaki memang kulit tangan agak kasar berbanding wanita. Tapi tidak semestinya kita perlu memandang mudah dan ringan sahajakan?

Berikut merupakan langkah pencegahan tangan kering.

1. Selepas basuh tangan, elakkan menggosok tangan dengan tuala. Hanya tekapkan tuala dengan perlahan

Ads

2. Selepas dibiarkan seketika, gunakan krim tangan. Krim tangan lebih baik berbanding losyen badan kerana ia berasaskan minyak.

3. Elakkan produk krim tangan yang berbau wangi, mengandungi retinol, serum atau bahan anti penuaan.

4. Elakkan berkongsi krim tangan untuk menjaga kebersihan.

Ads

5. Sebelum tidur, sapu krim tangan dengan lebih tebal atau gunakan vaselin.

Tangan Anda Kasar? Jangan Ambil Mudah, Lakukan Amalan Ini Sebelum Terlambat!

Malah, anda juga boleh basuh tangan dengan air suam setiap kali anda mencuci tangan selama 20 saat.

Ads

Pemilihan sabun juga boleh melebutkan tangan anda, pilih sabun dengan kandungan gliserin dan lanolin cuba untuk tidak terlalu agresif ketika mencuci tangan. Elakkan dari memakai sabun buku.

Pemakaian sarung tangan juga boleh mengekalkan kelembapan kulit tangan dengan bagus selama 1 hingga 2 jam. Dengan cara ini ia dapat memastikan permukaan tangan akan memperolehi kelembapan yang diperlukan.

Namun, sebelum itu pastikan anda sudah merendamkan tangan selama 5 minit, sau losyen pelembap dan kemudian barulah pakai sarung tangan.

Sumber: Public Health Malaysia & HelloDoktor.com

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.