
Tahun demi tahun, Apple sentiasa cuba tweak formula iPhone. Ada yang subtle, ada yang kontroversi. Tapi dengan iPhone 17 Series, syarikat dari Cupertino ni buat langkah paling berani sejak zaman iPhone 11.
Bukan sekadar naik taraf chip atau tambah satu dua fungsi kamera, tapi kali ini kita juga dapat telefon pintar paling nipis pernah Apple hasilkan, rekaan kamera serba baru dan teknologi dalaman yang menandakan era iPhone tanpa SIM fizikal.
Dalam bahasa mudah, ini bukan sekadar ‘iterasi tahunan’. ia merupakan salah satu langkah redefinisi dari Apple tentang apa yang sepatutnya jadi sebuah iPhone.
Jom kita tengok 10 perkara penting yang wajib anda tahu tentang iPhone 17 Series sebelum fikir nak upgrade.
Apple perkenalkan empat model: iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro, dan iPhone 17 Pro Max. Model Plus yang dulu agak suam-suam kuku, kini diganti dengan Air yang lebih slim dan premium. Apple jelas nak simplify lineup dan bagi setiap model ada identiti sendiri.
Dengan ketebalan hanya 5.6mm dan rangka titanium, iPhone 17 Air jadi telefon paling nipis Apple pernah keluarkan. Walaupun ultra-thin, ia tetap rigid dan lengkap dengan bateri berteknologi baru untuk kekalkan prestasi harian. Ini mungkin telefon yang akan jadi ikon fesyen dan teknologi serentak.
Untuk Pro dan Pro Max, Apple buang bump kamera “petak” yang ikonik sejak iPhone 11. Sebagai ganti, ada Camera Plateau — satu bar horizontal yang housed sistem kamera lebih besar. Selain nampak futuristic, ia juga practical untuk sistem cooling dan stabiliti ketika diletak atas meja.
Dulu hanya eksklusif untuk model Pro, kali ni semua iPhone 17 dilengkapi panel LTPO OLED 120Hz ProMotion. Bukan sahaja smooth bila scrolling dan gaming, tapi panel ni boleh turun ke refresh rate rendah untuk jimat bateri. Apple akhirnya tak “kedekut” lagi dalam bab display.
Kamera depan kini 24MP dengan Center Stage, sesuai untuk FaceTime atau content creation. Feature baru Dual Capture pula membolehkan anda rakam video menggunakan kamera depan dan belakang serentak. Model Pro dapat lebih eksklusif dengan 48MP telephoto 8× zoom serta rakaman ProRes RAW untuk content creator yang heavy.
Selain A19 Bionic, Apple debut N1 chip (support Wi-Fi 7, Bluetooth 6, Thread) dan C1X 5G modem dengan kelajuan 2 kali ganda lebih pantas. Ini menandakan Apple semakin bebas daripada bergantung pada Qualcomm, sambil menyiapkan iPhone untuk dunia hyper-connected.
eSIM-only kini jadi norma. iPhone 17, terutamanya model Air, dilancarkan tanpa slot SIM langsung. Untuk pengguna yang biasa “swap” SIM fizikal, perubahan ini mungkin ambil masa untuk adapt.
Tapi dari sudut Apple, langkah ni memudahkan rekaan dan ruang dalaman. Bagaimana untuk pasaran Malaysia? Sehingga kini ia dijangka turut sama.
Apple gunakan spacecraft-grade titanium untuk iPhone Air, manakala Pro & Pro Max hadir dengan material aluminium dipadukan dengan sistem vapor-chamber cooling. Hasilnya, telefon lebih ringan tapi tahan lasak, sambil maintain prestasi tinggi tanpa cepat panas.
iPhone 17 – bermula RM3,999
iPhone 17 Air – bermula RM4,999
iPhone 17 Pro – bermula RM 5,499
iPhone 17 Pro Max – bermula RM5,999
Pre-order bermula 12 September, dan jualan rasmi dijangka bermula 19 September 2025. Malaysia biasanya akan masuk batch awal atau wave kedua, bergantung pada stok bekalan.
BACA: 6 Tip Wajib Sebelum Beli Jam Tangan Pintar Kecergasan
Apple iPhone 17 tampil dengan variasi warna Lavender, Sage, Mist Blue, White dan Black. Cloud White, Sky Blue dan Balck. Manakala untuk Air, warna menarik seperti Sky Blue, Light Gold, Cloud White dan Space Black. Silver, Cosmic Orange dan Deep Blue untuk Pro lineup. Lebih playful, lebih personal, sesuai untuk gaya hidup moden.
iPhone 17 Series bukan sekadar refresh tahunan. Ia gabungan rekaan semula, teknologi dalaman baru, dan visi Apple untuk masa depan tanpa kompromi. iPhone Air mungkin jadi bintang utama sebab keberaniannya tampil nipis dan futuristik, tapi Pro dan Pro Max masih king untuk mereka yang perlukan kamera dan kuasa ultimate.
Soalan seterusnya — adakah anda sedia lepaskan SIM fizikal dan dompet lebih tebal demi iPhone 17 Series?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.