3 Step Efektif Untuk Naikkan Otot Tubuh Dengan Cepat Sekali Gus Dapat Bakar Lemak

Share

Siapa kata susah kalau nak naikkan otot tubuh dengan cepat? Sebenarnya jika anda melakukan teknik yang betul, semuanya jadi mudah.

Malah bukan itu sahaja, anda pun dapat bakar lemak secara tidak langsung termasuk pertingkatkan daya tahan tubuh.

Tubuh dengan daya tahan yang tinggi dapat membuatkan anda dapat bersukan dengan lebih lama dan bertenaga.

Dalam masa yang sama, otot-otot utama juga harus diberikan perhatian dengan senaman yang dapat mempertingkatkan prestasi sukan.

Sehubungan itu, apa kata anda ambil masa untuk lakukan 3 step senaman ini jika ada masa yang lapang :

SHUTTLE RUN

  • Bongkokkan badan dengan keadaan kaki kiri dan kanan dibuka luas.
  • Kedua belah tangan dirapatkan ke sisi dan muka dihadapkan ke hadapann
  • Gerak ke kanan dan sentuh lantai menggunakan tangan kanan.
  • Tangan kiri diangkat selari dengan kedudukkan kaki kiri.
  • Ulang semula dengan kaki dan tangan kiriLakukan sebanyak 2 set dan 4 kali ulangan

BODY-WEIGHT JUMP SQUAT

  • Letakkan kedua belah telapak tangan di belakang kepala.
  • Bahu ditolakkan ke belakang selari dengan bahagian sisi badan.
  • Rendahkan badan sehingga kedua belah lutut membengkok
  • Lompat setinggi mampu dan pastikan kedua kaki diluruskan sewaktu melompat
  • Jatuh ke posisi asalLakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.

SAND SKIP

  • Bongkokkan badan dengan kaki kiri dibengkokkan.
  • Kaki kanan diangkat lurus ke belakang.
  • Tangan kiri diletakkan selari dengan sisi tubuh.
  • Lompat setinggi mampu dengan menggunakan kaki kiri.
  • Lutut kaki kanan diangkat ke hadapan separas dengan perut.
  • Tangan kanan diangkat ke hadapanUlang semula dengan kaki kanan
  • Lakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.
IKLAN