5 Teknik Senaman Perut, Buat Setiap Hari Pun Boleh

Share

Dalam dunia kecergasan, otot teras atau abdomen sering dianggap sebagai ‘benchmark’ utama tahap kecergasan seorang lelaki. Hari ini, ramai yang bertungkus-lumus melatih bahagian perut bukan sekadar untuk membakar lemak degil, malah demi membina struktur badan yang lebih sasa dan tegap.

Sama ada misi anda adalah untuk memiliki six-pack yang tajam atau sekadar mahukan kekuatan teras yang solid, kepentingan melatih bahagian ini tidak boleh dipandang remeh. Namun, dengan lambakan rutin di media sosial, senaman manakah yang benar-benar memberikan pulangan ‘pelaburan’ terbaik buat masa dan tenaga anda?

Jawapannya bukan pada tekaan, tetapi pada sains. Berdasarkan kajian mendalam oleh San Diego University Biomechanics Lab melalui analisis EMG (elektromiografi), mereka telah mengenal pasti lima senaman spesifik yang terbukti paling berkesan untuk mengaktifkan otot perut secara maksimum. Bersedia untuk impak tinggi pada rutin anda? Ini senarainya.

PLANK

Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.

Foto: drobotdean – www.freepik.com

BYCYCLE CRUNCH

Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.

SIDE PLANK

Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.

Foto: serhii_bobyk – www.freepik.com

VERTICAL LEG CRUNCH

Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!

BACA: Jenis-Jenis Kasut Kasual Untuk Kegunaan Di Pejabat & Majlis Formal

REVERSE CRUNCH

Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!

Senaman Perut Mantap, Kalau Tahu Kelebihannya Pasti Anda Nak Buat Setiap Hari

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim