
Pada tahun 2025 ini, paras rupa yang tampan dan menarik akan lebih menyerlah melalui gaya rambut yang mampu menentukan aura seorang lelaki. Rambut bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi simbol keyakinan dan karakter. Lelaki yang bijak memilih gaya rambut sentiasa tampil berbeza, penuh karisma dan sukar untuk dilupakan.
Penggayaan rambut memainkan peranan besar dalam personaliti seorang lelaki. Aura maskulin, sisi moden atau jiwa rebel – semuanya boleh diterjemahkan melalui helaian rambut. Inspirasi pula bukan lagi terbatas, kerana media sosial, dunia hiburan dan barbershop moden sentiasa menawarkan idea baharu. Berikut adalah 9 trend gaya rambut lelaki yang bakal dominasi tahun 2025.
Ringkas, macho dan kini diberi nafas baru. Buzz cut tahun 2025 lebih berani dengan warna-warna terang seperti merah jambu atau hijau neon. Jika dahulu ia sinonim dengan kelompok “scene kids” awal 2000-an, kini ia kembali jadi gaya arus perdana. Hyunjin (Stray Kids) pernah mencetuskan fenomena dengan gaya ini – membuktikan potongan minimalis juga boleh jadi statement.
Throwback ke era 80-an dengan sentuhan moden. Bahagian belakang sedikit panjang, sisi pendek, dan lapisan kusut di atas menjadikan gaya ini lebih versatil. Untuk tampilan lebih kemas, sideburn boleh dipotong rapi dengan sedikit undercut di belakang.
Kembali menggema dari era rock ‘n’ roll, gaya ini tampil dengan potongan choppy, poni panjang hingga kening dan helaian sisi yang bebas. Sesuai digayakan dengan mousse atau salt spray untuk menambah tekstur. Lihat sahaja Thomas Raggi (Måneskin) – rockstar look ini memang “killer”.
Potongan pendek bertekstur dengan gaya kusut kemas. Bahagian tepi dan belakang dipangkas kemas, manakala atas dibiarkan panjang sedikit untuk menghasilkan tekstur. Sesuai untuk lelaki urban yang mahu gaya versatil – formal atau santai. Antara selebriti tempatan yang pernah menggayakan look ini ialah Meerqeen dan Hun Haqeem.
Gabungan mullet dan shag yang kekal relevan. Dengan lapisan bertekstur dan volume di bahagian atas, gaya ini beri rupa effortless dan penuh karakter. Sesuai untuk rambut pendek, sederhana atau panjang – wolf cut memberi identiti berbeza untuk setiap wajah.
Klasik, elegan dan tidak lapuk ditelan zaman. Rambut dibelah kemas ke sisi dengan bantuan pomade atau wax untuk hasil sleek sepanjang hari. Gaya ini sinonim dengan lelaki profesional yang mementingkan karisma di tempat kerja.
Potongan paling popular di barbershop. Bahagian sisi dan belakang dipangkas menipis secara bertahap hingga hampir licin, manakala bahagian atas dibiarkan panjang. Versatil kerana boleh digayakan dengan quiff, pompadour atau sekadar disikat ke belakang.
Revival dari era 90-an. Rambut depan dibelah tengah, jatuh ke sisi seperti langsir. Memberi aura kasual, effortless tetapi tetap stylish. Sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya natural tanpa terlalu banyak styling.
Untuk rambut sederhana panjang, messy waves beri efek santai, tidak formal tetapi stylish. Gelombang longgar menambah ilusi volume – sesuai untuk rambut nipis. Look ini popular di kalangan lelaki yang sukakan gaya “chill” tetapi tetap fashionable.
Tahun 2025 menyaksikan lelaki lebih berani bereksperimen dengan potongan dan warna rambut. Sama ada mahu tampil ringkas seperti buzz cut, klasik seperti sleek side part, atau bold dengan wolf cut, pilihan ada di tangan anda. Ingat – rambut adalah mahkota lelaki moden, dan gaya yang tepat mampu melengkapkan aura maskulin anda.