
adidas Malaysia terus mengukuhkan komitmennya terhadap komuniti larian tempatan apabila membawakan pengalaman perlumbaan yang lebih menyeluruh sempena SCORE Marathon 2026 menerusi dua aktiviti utama, ADIDAS Race Entry Pack Collection Booth dan ADIDAS House of Fast.
Sebagai Official Sportswear Partner SCORE Marathon 2026, adidas bukan sekadar menyediakan kelengkapan untuk pelari, malah mahu menemani mereka sepanjang perjalanan marathon, bermula daripada persediaan sebelum perlumbaan sehinggalah ke proses pemulihan selepas melepasi garisan penamat.
Menjelang hari perlumbaan, pelari boleh mengunjungi ADIDAS Race Entry Pack Collection Booth di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya, yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai.
Selain mengambil kit perlumbaan, pengunjung turut berpeluang menyertai Time Reaction Test, satu cabaran interaktif yang diinspirasikan daripada atlet adidas, Sabastian Sawe.
Cabaran itu menguji kelajuan refleks peserta, dan mereka yang berjaya melepasi ujian tersebut berpeluang membawa pulang adidas Lace Lock edisi eksklusif selagi stok masih ada.
Sebaik sahaja menamatkan larian, pelari boleh menuju ke ADIDAS House of Fast yang terletak di kawasan Putrajaya Open Air Parking Lot, berhadapan Mahkamah Syariah.
Ruang khas ini diwujudkan sebagai lokasi untuk pelari berehat, memulihkan tenaga dan meraikan pencapaian masing-masing selepas menamatkan perlumbaan.
Tidak kira sama ada berjaya menamatkan larian 5 kilometer buat kali pertama atau mencatat personal best dalam marathon, adidas mahu setiap pelari meraikan detik istimewa tersebut bersama komuniti larian.
Sepanjang hujung minggu SCORE Marathon, pelari boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan di House of Fast.
Antaranya ialah Adizero Archive Wall yang memaparkan evolusi siri kasut perlumbaan Adizero dan teknologi di sebalik kasut terpantas adidas.
Turut disediakan ialah Finisher Photowall untuk merakam gambar bersama catatan masa rasmi perlumbaan, selain Personalised Finisher Time Poster eksklusif kepada pelari yang memakai kasut adidas.
Pengunjung juga boleh mencuba Temporary Tattoo Station yang menawarkan tatu sementara bertemakan larian serta menikmati Recovery Zone, ruang khas bagi membantu badan berehat dan pulih selepas mengharungi cabaran marathon.
adidas turut menawarkan pelbagai ganjaran istimewa kepada ahli adiClub sepanjang acara berlangsung.
Ahli Level 4 dan ke atas bakal menikmati akses ke ruang hospitaliti khas lengkap dengan minuman percuma, snek serta sekeping piza selepas tamat perlumbaan.
Sementara itu, semua ahli adiClub berpeluang menikmati persembahan DJ secara langsung serta promosi pembelian kasut Adizero Evo SL yang didatangkan bersama adidas XS Duffle Bag secara percuma, selagi stok masih ada.
BACA: Perkara Perlu Elak Bila Buat Persediaan Untuk Half Marathon
Menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang SCORE Marathon 2026, adidas terus memperkukuhkan peranannya dalam membangunkan komuniti larian di Malaysia.
Daripada persediaan sebelum perlumbaan hinggalah proses pemulihan selepas tamat larian, setiap pengalaman dirancang bagi menghubungkan komuniti, meraikan pencapaian serta memberi sokongan kepada pelari di setiap peringkat perjalanan mereka.
Pelari yang ingin menikmati pelbagai manfaat sepanjang hujung minggu SCORE Marathon turut digalakkan mendaftar sebagai ahli adiClub secara percuma menerusi laman web rasmi adidas Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.