Aiman Hakim Teraju Utama Astro Originals, Bad Cop’, Tampil Dua Wajah Di Satu Garis Takdir

Share

Genre penyiasatan dan espionage sentiasa bergerak di zon kelabu dunia perisikan yang kejam, minda manusia yang rapuh dan kebenaran yang sering bertembung dengan kejahatan tanpa sempadan jelas.

Astro Originals kini tampil lebih berani dengan naskhah tempatan bertaraf global. ‘Bad Cop’ merupakan siri premium bergenre espionage yang menyelam ke dalam konflik identiti, moral dan pilihan hidup kini beraksi dan boleh distrim di Astro One serta aplikasi sooka.

Diadaptasi daripada siri jenayah Jerman popular ‘Bad Cop – Kriminell Gut’ (2017), versi tempatan ini mempertaruhkan satu persoalan besar – mampukah kisah Eropah ini hidup dengan roh Malaysia?

KRISIS DUA IDENTITI

Melihat dari trailernya, ‘Bad Cop’ jelas punya potensi sebagai siri paling diperkatakan hujung tahun ini hingga awal 2026. Diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran dan pengarah Jason Chong, kisahnya bermula dengan satu pertemuan yang tidak sepatutnya berlaku.

Seorang inspektor polis yang berprinsip.
Seorang penjenayah buruan mafia.
Dua wajah yang serupa — dua dunia yang bertentangan.

Aiman Hakim Ridza tampil mencuri perhatian dengan lakonan dua watak sebagai Imar, inspektor polis dan Emir, kembar yang hidup dalam dunia jenayah. Pertemuan singkat mereka mencetuskan tragedi yang mengubah segalanya.

JANJI TERAKHIR

Sebelum mati ditembak, Imar meninggalkan satu amanah — melindungi keluarganya. Demi janji itu, Emir terpaksa menyamar, mengambil identiti abangnya dan menyarung seragam polis.

Namun hidup sebagai Imar bukan sekadar soal lakonan. Ia datang dengan keluarga yang rapuh, perkahwinan yang retak, dan seorang isteri—Hana (Siti Saleha), Ketua Polis yang tegas dan sukar dipermainkan.

Setiap hari adalah ujian. Setiap kes adalah risiko.

Emir bukan sahaja melarikan diri daripada masa silamnya, tetapi perlahan-lahan berdepan dengan siapa dirinya sebenarnya.

TOPENG MANUSIA

Di sebalik permainan identiti, Bad Cop mengupas satu realiti: manusia tidak pernah hitam atau putih sepenuhnya. Setiap orang membawa luka, pilihan dan akibat yang tersembunyi di balik wajah yang kita lihat.

Kekuatan sebenar siri ini bukan hanya pada twist pertukaran identiti, tetapi pada persoalan akhirnya, bolehkah seseorang benar-benar berubah, atau takdir akan sentiasa menuntut bayaran?

‘Bad Cop’ bukan sekadar drama jenayah. Ia adalah cermin tentang pilihan, pengorbanan dan harga sebuah kebenaran.

Saksikan siri premium Bad Cop menerusi Astro One serendah RM49.99 sebulan, strim sehingga empat peranti serentak. Tak sempat menonton di rumah? Teruskan di sooka, bila-bila dan di mana sahaja.

Published by
Farizul Izwany