
Foto : Mstar
Insiden itu tular selepas dimuat naik menerusi akaun TikTok @illaaryantyz0, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
@illaaryantz0 #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia kalau ga suka aisar berbagi ngomong baik2 aj pak jgn marah2 ngusir2 lgian emng knpa klu aisar paling eksis pling terang minimal dia ngasih bantuan ke warga #praybali ♬ suara asli – illa aryantz
Pada mulanya, keadaan kelihatan tenang apabila Aisar hadir bersama pasukan bagi mengagihkan bantuan.
Penduduk sekitar dilihat mendekati beliau bagi mendapatkan sumbangan.
Namun, suasana berubah apabila seorang lelaki tempatan tiba-tiba menghampiri dan mengherdik Aisar di hadapan orang ramai.
“Jangan kamu berada di sini lagi. Kami mahu melakukan kerja pembersihan, kamu mencetuskan kesesakan lalu lintas,” tegas lelaki tersebut dalam nada marah.
Selain membentak, lelaki itu turut menuduh Aisar hanya hadir untuk mencari publisiti ketika bencana melanda.
Menyedari keadaan semakin tegang, Aisar serta pasukannya akhirnya memilih untuk akur dan meninggalkan lokasi berkenaan.
Rakaman kejadian itu jelas menunjukkan bagaimana suasana yang pada awalnya mesra bertukar menjadi kecoh dalam sekelip mata.
Seorang penduduk tempatan kemudiannya menjelaskan bahawa kawasan tersebut sedang digunakan untuk kerja pembersihan pasca banjir.
Beberapa buah lori sampah diperlukan untuk mengangkut timbunan sampah dan sisa banjir.
Namun, laluan tersebut terhalang akibat orang ramai yang berhenti untuk mendapatkan bantuan yang disalurkan Aisar.
Akibatnya, kerja pembersihan tergendala dan penduduk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran selebriti tersebut.
Insiden ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang menyifatkan Aisar mempunyai niat baik untuk menolong, namun caranya kurang sesuai dengan keadaan setempat.
BACA LAGI : 13 Jam Menguji Ketahanan, Syed Saddiq Tamatkan Cabaran Ironman Dunia 2025
Tidak kurang juga yang berpendapat tindakan penduduk adalah wajar memandangkan laluan tersebut kritikal untuk proses pembersihan dan pemulihan kawasan terjejas banjir.
Walau apa pun pandangan, kejadian ini menjadi peringatan bahawa niat murni perlu seiring dengan sensitiviti serta situasi di lapangan, terutama ketika berhadapan dengan bencana.
Kejadian ini menjadi pengajaran bahawa dalam setiap usaha kemanusiaan, koordinasi bersama pihak berkuasa dan komuniti setempat amat penting.
Bantuan tidak hanya dinilai pada nilai sumbangan, tetapi juga pada kepekaan memahami situasi sebenar di lapangan agar niat baik tidak disalah tafsir.
Sumber : KOSMO!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.