Aksi Gagah Anak Sharnaaz Ahmad di Gelanggang Tinju, Netizen ‘Menyelit’ Sindiran 38 Saat

Share

Anak kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian warganet.

Kali ini, bukan kerana gelagat comelnya, tetapi keberaniannya mencuba seni bela diri tinju di gelanggang.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon filem Blood Brothers, Andy Teh, berkongsi video dan beberapa keping gambar yang memaparkan Jebat bersama bapanya menjalani sesi latihan tinju.

Kedua-duanya kelihatan aktif dan bersemangat mempraktikkan teknik pertahanan dan pukulan.

“Ghazi’s junior in the making, Jebat Jayden,” tulis Andy ringkas di kapsyen, merujuk kepada watak tinju yang pernah dibawanya di layar perak.

Pujian Mengalir, Semangat Macam Ayah

Ramai warganet memuji Jebat kerana sejak kecil sudah berani turun ke gelanggang.

Malah, ramai yang mengatakan keberaniannya itu mengingatkan mereka kepada Sharnaaz sendiri seorang pelakon yang sering dilihat tegas, lantang bersuara, dan berkarisma di media sosial mahupun di luar skrin.

Bagi sesetengah peminat, melihat Jebat berlatih tinju di usia muda adalah satu permulaan yang baik.

“Budak ni memang ada jiwa fighter macam ayah dia,” tulis seorang pengguna Instagram.

Sindiran 38 Saat Tiba-Tiba Muncul

Namun, seperti biasa, ruangan komen bukan sekadar dipenuhi pujian.

Ada juga netizen yang ‘menyelitkan’ sindiran yang pada mulanya kelihatan tidak berkaitan langsung dengan latihan Jebat. Kuncinya terletak pada satu angka 38 saat.

Bagi yang mengikuti dunia hiburan dan sukan baru-baru ini, angka itu merujuk kepada pertarungan tinju ‘Superstar Knockout’ di Jakarta yang menyaksikan pelakon Indonesia Jefri Nichol tewas kepada El Rumi dalam masa hanya 38 saat.

Kaitannya Dengan Keluarga Jebat

Kisah ini menjadi bualan bukan sahaja kerana kekalahan pantas itu, tetapi juga kerana hubungan Jefri dengan keluarga Jebat.

Jefri merupakan kekasih kepada Ameera Khan, yang tidak lain tidak bukan adalah ibu saudara kepada Jebat Jayden.

Kehadiran Ameera bersama ahli keluarga ke Jakarta untuk memberi sokongan kepada Jefri turut menjadi perhatian, namun selepas kekalahan itu, pelbagai sindiran mula dilemparkan kepada pasangan tersebut dan keluarga mereka.

Sharnaaz Tenang, Jebat Terus Berlatih

Walaupun menerima pelbagai sindiran tidak relevan, Jebat dilihat terus fokus menjalani latihan bersama bapanya.

Sharnaaz yang terkenal dengan sifat ‘selamba tapi pedas’ pula belum mengulas mengenai komen-komen tersebut.

Bagi peminat setia, apa yang penting adalah semangat Jebat untuk mencuba sesuatu yang baharu dan membina keyakinan diri sejak kecil.

Ramai yang berharap suatu hari nanti, Jebat mungkin mewarisi minat tinju dan seni bela diri bapanya sekali gus menutup mulut para penyindir dengan prestasi sebenar di gelanggang.

BACA LAGI : Berani Pilih Cinta Berbeza Usia? Mierul Aiman Kata, Tiada Masalah!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain