
Alif Muhaimin Abdul Rahman merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.
Namanya mula dikenali apabila muncul sebagai juara Hero Remaja 2017/2018, sekaligus membuka ruang untuknya aktif dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon dan wajah kempen jenama-jenama terkenal.
Namun kini, Alif memperlihatkan sisi berbeza lebih berani, lebih mencabar apabila memilih untuk terjun ke dalam dunia Muay Thai, satu seni mempertahankan diri yang bukan calang-calang orang mampu hadapi.
@maskulinmyApa yang bermula sekadar suka-suka, kini menjadi salah satu minat yang paling bermakna buat Alif Muhaimin. Muay Thai bukan sekadar sukan, ia menjadi gaya hidup. #Maskulin #MajalahMaskulin #MuayThai #AlifMuhaimin♬ original sound – Maskulin
“Saya mula training Muay Thai just for fun. Masa tu join sebab abang ipar ada team,” ujar Alif, mengenang detik awal penglibatannya.
Apa yang bermula sekadar suka-suka akhirnya jadi minat yang makin mendalam.
“Bila masuk gelanggang, rasa dia lain. Seronok. Best. Challenging.”
Perjalanan Alif bermula tanpa sebarang tekanan. Tapi apabila jurulatih sendiri pernah berkata, “Eh, Alif ni boleh fight ni,” dorongan untuk serius dalam sukan ini terus menyala.
Sejak itu, dia kerap turun padang untuk latihan intensif, membina kekuatan fizikal dan mental seiring waktu.
Muay Thai bukan seperti sukan biasa. Ia menuntut lebih dari sekadar ketahanan badan.
“Kalau boxing, dia ajar untuk elak pukulan hit and not get hit. Tapi Muay Thai pula ajar kau untuk terima pukulan, balas balik dengan dua kali ganda,” katanya, sambil tersenyum tapi penuh maksud.
Dalam gelanggang, sakit itu biasa, tapi keberanian untuk terus berdiri selepas jatuh itulah yang paling mahal.
Itulah semangat yang Muay Thai tanam dalam diri Alif.
Dikenali sebagai “art of eight limbs”, Muay Thai melibatkan tangan, siku, lutut dan kaki.
Setiap serangan dan pertahanan bukan sekadar gerak spontan, tapi lahir dari strategi, fokus, dan penghayatan seni bertarung.
“Saya pernah cuba running, gym, macam-macam aktiviti. Tapi Muay Thai ni lain. Dia ada gaya, ada semangat. Macam sukan anak jantan,” kata Alif dengan semangat membara.
BACA LAGI : Stephen Curry Bakal Sertai Siri ‘Curry Brand World Tour 2025’
Kini, Muay Thai bukan lagi aktiviti untuk mengisi masa lapang.
Ia menjadi satu medium untuk cabar diri, bina disiplin dan temui erti ketahanan sebenar.
Dari dunia glamor ke gelanggang yang penuh peluh dan darah, Alif Muhaimin buktikan bahawa dia bukan sekadar wajah kacak di kaca TV, tapi juga seorang pejuang fighter yang sanggup bangkit setiap kali jatuh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.