Gaya Hidup

Amir Raja Lawak Bawa Pak Mat Western ke Kelantan, Sumbang Rezeki untuk 200 Asnaf

Share

Baru-baru ini, satu posting Amir menjadi tular apabila beliau mendedahkan bahawa sejumlah wang berjumlah RM18,000 masih belum dibayar oleh sebuah stesen TV terkenal sejak tiga tahun lalu.

Amir tidak menuntut untuk kepentingan peribadi, bukan untuk melancong atau membeli barangan mewah.

Tetapi kerana ayahnya kini sedang bertarung dengan penyakit kanser usus, dan dana itu amat diperlukan untuk kos rawatan.

Lebih menyentuh hati, selama ini Amir tidak pernah membuka mulut, walaupun hidupnya bukan senang.

Pak Mat Western Tampil Bantu Ringankan Beban Amir

Di saat Amir berkongsi tentang ujian hidup yang sedang dilaluinya, rezeki datang tidak disangka-sangka.

Tanpa disangka, satu jenama yang memang cukup dikenali rakyat Malaysia atas semangat berkongsi rezeki tampil memberi sokongan.

“PAK MAT Western yang paling awal DM saya di Instagram,” katanya berseloroh, mengulas bagaimana mereka mula berhubung hanya melalui satu mesej ringkas di media sosial.

Pak Mat Western bukan sekadar bagi semangat tapi turut bantu dari segi kewangan.

Komisen hasil kolaborasi mereka sedikit sebanyak membantu Amir menampung keperluan keluarga, yang kini sedang bersiap sedia menghadapi situasi rawatan ayahnya.

“Alhamdulillah, dengan bantuan dari PMW, dapatlah cover beberapa benda penting yang family saya nak beli nanti.”

Gabungan Misi Amal, 200 Asnaf Akan Terima Sumbangan

Tak cukup dengan itu, pada Selasa, 22 Julai ini, Amir akan turun ke Kelantan bersama pasukan Pak Mat Western dalam misi khas mencari dan menyumbang kepada 200 orang asnaf.

Mereka sedang mencari NGO atau individu yang sudah ada senarai asnaf di kawasan terlibat untuk memudahkan agihan.

PMW juga akan bawa produk signature mereka, #KambingPerapPMW, untuk jualan sambil beramal.

Untuk pengetahuan umum, Set I’m Sorry (yang viral tu), akan dijual pada harga RM89.90 dan mengandungi 3 pek kambing perap seberat 550g setiap satu.

BACA LAGI : Rindu Malaysia, Lelaki Warga India Buka Kedai Tomyam di Kampung Halaman

Rayuan Kepada Awesome TV, Tunaikan Hak, Demi Kemanusiaan

Dalam masa yang sama, suara-suara netizen mula bangkit mendesak pihak Awesome TV agar melunaskan bayaran tertunggak Amir.

Jumlah RM18,000 itu mungkin tidak besar bagi syarikat besar yang dikendalikan oleh Dato’ dan Datin, tetapi bagi Amir, ia sangat bermakna kerana ia berkait dengan nyawa insan tersayang.

Selama tiga tahun, Amir diam tanpa memalukan mana-mana pihak. Tapi hari ini, dia terpaksa bersuara, kerana masa semakin suntuk.

Harapan seluruh rakyat Malaysia, agar pihak bertanggungjawab tampil segera menyelesaikan hal ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain