
ASICS Malaysia mencuri perhatian komuniti larian tempatan apabila menganjurkan ASICS MAGIC SPEED Relay, sebuah acara larian malam berkonsepkan relay yang berlangsung di Aylezo Speedway Glenmarie, Shah Alam, Sabtu lalu.
Acara ini turut menjadi platform di mana ASICS memperkenalkan kasut larian terbarunya, MAGIC SPEED 5. Ia diangkat sebagai kasut larian prestasi terbaharu yang direka untuk pelari yang mahukan pengalaman lebih ringan, pantas dan responsif.
Acara larian ini mengadaptasi konsep Ekiden dari Jepun yang menekankan nilai kebersamaan dan kepercayaan antara rakan sepasukan.
Melalui format relay yang pantas dan inklusif, ASICS berjaya membawa semangat Ekiden ke Malaysia, menghubungkan budaya larian Jepun dengan komuniti pelari tempatan yang semakin berkembang.
Bagi meningkatkan pengalaman acara, ASICS memperkenalkan laluan 100 meter yang diterangi lampu LED di kedua-dua sisi.
Lorong bercahaya ini mencipta suasana dramatik dan fotogenik, manakala penonton diberikan gelang LED berdenyut yang menjadikan keseluruhan venue kelihatan seperti lautan cahaya dan tenaga.
Suasana ini menyerlahkan tema futuristik dan semangat inovasi yang sinonim dengan jenama ASICS.
Relay ini bermula dengan dua pusingan kelayakan membabitkan 42 pasukan sebelum 10 terbaik mara ke pusingan akhir.
Pasukan RC Coaching muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, diikuti Muhaizar Mohamad Running Club di tempat kedua (RM2,000) dan Social Athletics di tempat ketiga (RM1,000).
Menurut Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, acara ini bukan sekadar perlumbaan tetapi satu perayaan kebersamaan, tenaga dan kemajuan komuniti larian Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa pelancaran MAGIC SPEED 5 dan konsep Ekiden mencerminkan komitmen ASICS untuk terus membina hubungan kukuh bersama pelari tempatan.
“Malam ini menandakan lebih daripada sekadar perlumbaan, ia menandakan detik perpaduan, tenaga dan kemajuan bagi komuniti larian Malaysia.
“Dengan membawa konsep yang diilhamkan oleh Ekiden ke Shah Alam dan melancarkan MAGIC SPEED™ 5 di sini, kami meraikan kerja berpasukan dalam bentuk yang paling murni,” tambahnya lagi.
MAGIC SPEED 5 menampilkan gabungan FF LEAP midsole foam dan carbon plate yang direka bagi membantu pelari mengaktifkan kelajuan dengan lebih efisien dalam perlumbaan dan latihan intensif.
Kasut ini menonjol sebagai pilihan pelari kompetitif yang ingin menambah prestasi tanpa mengorbankan keselesaan dan kestabilan.
Secara keseluruhan, ASICS MAGIC SPEED Relay bukan sahaja memperkukuh reputasi ASICS sebagai jenama yang inovatif, malah berjaya menarik pelari baharu dan penonton pelbagai latar belakang.
BACA: Levi’s Year of the Horse 2026 Gabungkan Warisan, Simbolisme dan Gaya Lelaki Moden
Dengan pelancaran MAGIC SPEED 5, ASICS mengukuhkan falsafah Sound Mind, Sound Body yang menekankan keseimbangan antara prestasi fizikal dan kesejahteraan mental.
MAGIC SPEED 5 akan mula dijual pada 22 Januari 2026 dengan harga runcit bermula RM829. Kasut ini boleh didapati di butik ASICS terpilih serta platform dalam talian rasmi.
Bagi peminat larian yang mencari kelajuan, kestabilan dan gaya, MAGIC SPEED 5 merupakan pilihan ideal untuk tahun 2026.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.