Bila lelaki masuk umur 30 tahun ke atas, ramai mula sedar badan tak lagi bertindak balas seperti zaman 20-an. Berat badan mudah naik, stamina cepat jatuh dan sakit belakang atau lenguh sendi datang tanpa amaran. Nak berjalan kaki pun struggle!
Ini bukan soal malas atau kurang disiplin semata-mata, tetapi perubahan biologi dan gaya hidup yang semakin sedentari. Sebab itu, senaman asas seperti berjalan kaki sebenarnya memainkan peranan besar dalam mengekalkan kesihatan lelaki.
Realitinya, masalah ini semakin serius di Malaysia. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 menunjukkan sekitar 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes.
Angka ini meningkat berbanding 50.1 peratus pada tahun 2019 dan meletakkan Malaysia antara negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Situasi ini meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi, terutamanya dalam kalangan lelaki berusia 30 tahun ke atas.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), orang dewasa disarankan melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap minggu, termasuk aktiviti mudah seperti berjalan kaki.
Persoalannya, apa yang sebenarnya berlaku pada badan jika anda berjalan kaki selama 7 hari berturut-turut?
Pada hari pertama atau kedua, badan mungkin rasa letih. Namun selepas beberapa hari, sistem peredaran darah menjadi lebih cekap dan penggunaan oksigen meningkat. Ramai akan perasan tenaga lebih stabil sepanjang hari, terutama pada waktu petang.
Berjalan kaki membantu mengurangkan hormon stres dan menstabilkan ritma tidur. Kajian kesihatan menunjukkan aktiviti fizikal ringan secara konsisten boleh membantu individu tidur lebih lena dan berkualiti.
Walking memberi ruang kepada minda untuk berehat. Hormon stres seperti cortisol cenderung menurun, menjadikan emosi lebih tenang dan kurang rasa tertekan.
Pergerakan badan membantu merangsang sistem pencernaan. Selepas beberapa hari, masalah kembung atau rasa tidak selesa selepas makan biasanya berkurang.
Bagi lelaki yang banyak duduk bekerja, berjalan kaki membantu melincirkan sendi dan mengaktifkan otot sokongan, terutamanya di bahagian pinggul, lutut dan belakang.
Aktiviti berjalan kaki merangsang penghasilan bahan kimia dalam otak yang berkait dengan rasa positif. Hasilnya, mood jadi lebih baik dan kurang mudah marah.
Berjalan kaki membantu otot menggunakan glukosa dengan lebih berkesan. Ini penting untuk mengurangkan risiko diabetes dan lonjakan gula dalam darah, terutamanya selepas makan.
Walking yang konsisten membantu menguatkan otot core dan belakang. Secara tidak sedar, anda mula berdiri dan berjalan dengan lebih tegak.
Berjalan kaki secara konsisten membantu menstabilkan hormon lapar. Ramai mendapati keinginan untuk makan berlebihan, terutamanya pada waktu malam, semakin berkurang.
Ini antara kesan paling penting. Apabila anda berjaya berjalan kaki selama 7 hari berturut-turut, otak mula membina disiplin. Dari sini, lebih mudah untuk menambah tabiat sihat lain dalam kehidupan harian.
BACA ARTIKEL: 10 Senaman Paling Ideal Untuk Azam Tahun Baharu, Lebih Sihat & Bertenaga
Berjalan kaki mungkin kelihatan terlalu ringkas, tetapi kesannya sangat besar jika dilakukan secara konsisten.
Untuk permulaan, sasarkan 20 hingga 30 minit sehari atau sekitar 8000 langkah. Kesihatan bukan dibina dalam sehari, tetapi daripada keputusan kecil yang dibuat secara berterusan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.