Berita

Bonnie Bukti Kejaguhan, Berjaya Raih Pingat Emas Piala Dunia 2025 Di Beijing

Share

MASKULIN percaya kejayaan tidak datang bergolek. Ia menuntut usaha tanpa jemu, mental sekuat besi, dan hati yang kental. Itulah yang ditunjukkan oleh jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, yang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia 2025

yang berlangsung di Beijing, China.

Anak jati Sarawak ini membuktikan bahawa tiada batasan untuk berjaya, malah terus melakar sejarah sebagai atlet paralimpik paling konsisten dan dominan dalam sukan powerlifting dunia.

Bagaimanapun, pencapaian itu masih tidak dapat mengatasi rekod dunia miliknya, iaitu 232kg yang dicatat pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Menurut Berita Harian, pingat perak diraih atlet Cuba, Jesus Cuevas Cisneros dengan angkatan seberat 175kg, manakala atlet India, Ramubhai B. Bhambava membawa pulang gangsa selepas mencatat angkatan 151kg.

 

Published by
Nana