Cara Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan Agar Mudah Nak Bakar Kalori!

Share

Orang yang banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.

Apabila metabolisme meningkat, lagi mudahlah anda nak menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan mempunyai kaitan rapat dengan sistem metabolisme yang berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan.

Seseorang yang mempunyai metabolisme tinggi boleh anda lihat jika dia makan banyak tetapi badannya tetap kurus.

Untuk memastikan misi cepat kurus anda berjaya, ikuti 5 cara mudah ini untuk anda tingkatkan metabolisme badan.

1. Minum banyak air masak

Meminum 8 gelas air atau lebih yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum, selain meningkatkan metabolisme.

2. Buat senaman membina otot

Membuat senaman otot bagus untuk membantu anda membakar banyak lemak. Ini akan meningkatkan pembinaan otot badan sekali gus menaikkan kadar metabolisme anda.

3. Makanan pedas

Mungkin ramai yang tidak tahu kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepaskan kita memakannya dan menaikkan metabolisme.

4. Amalkan minum teh hijau

Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

5. Jangan makan lepas 7 malam

Elakkan makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisme memang rendah pada waktu itu.

Follow Instgram MASKULIN

IKLAN