Bukan Sekadar Drama, ‘Generasi: Perfect 10’ Angkat Semangat Atlet Malaysia

Share

Astro Originals kembali dengan karya segar berjudul ‘Generasi: Perfect 10′, iaitu drama sukan pertama di bawah jenama mereka.

Siri premium lapan episod ini bakal menemui penonton bermula 19 September 2025, setiap Jumaat jam 12.00 tengah malam di On Demand atau 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Drama ini bukan sekadar naskhah biasa kerana ia berani menyingkap sisi kehidupan atlet muda yang jarang ditonjolkan penuh tekanan, emosi dan perjuangan dalam mengejar kesempurnaan.

Kisahnya berpusat pada watak Ezie, lakonan Arena Wan, seorang remaja yang sejak kecil mempunyai impian untu menjadi seorang atlet gimnastik profesional.

Namun, apabila kelab gimnastik sekolahnya ditutup, Ezie nekad memohon ke akademi sukan paling berprestij di negeri tersebut. Dan di sinilah bermulanya perjalanan Ezie yang penuh dengan persaingan sengit, cabaran fizikal serta konflik emosi.

Kemunculan istimewa pelakon legenda, Sofea Jane sebagai Coach Sue
Ezie (Arena Wan) bersama Jun (Daniel Fong)

Siri hebat ini juga turut menyentuh isu lebih luas yang dekat dengan remaja dan belia masa kini. Ia mencungkil perjalanan setiap karakter dalam mencari identiti diri, kepentingan sokongan keluarga, serta keberanian wanita untuk melawan segala cabaran demi impian.

Barisan Pelakon & Sentuhan Ikonik Farah Ann

Selain Arena Wan yangmenjadi teraju utama, ‘Generasi: Perfect 10’ turut dibintangi oleh Arabella Ellen, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis.

Arena Wan
Arabella Ellen

Lebih istimewa untuk drama bersiri ini ialah kehadiran Farah Ann, legenda gimnastik negara. Kehadirannya bukan sekadar simbolik tetapi menjadi nilai tambah besar apabila beliau tampil sebagai penasihat produksi serta membuat penampilan istimewa.

Kemunculan legenda ini memastikan dunia gimnastik yang digambarkan dalam drama ini benar-benar realistik dan dekat di hati penonton.

Diarahkan oleh Sling Ng bersama Nas Addina selaku showrunner, ‘Generasi: Perfect 10’ hadir dengan gaya visual bertenaga dan naratif sarat emosi.

Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad

Menurut Penerbit Eksekutif ‘Generasi: Perfect 10’ merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Siri ini menampilkan naratif yang menyentuh tema kemanusiaan dan sosial, terutamanya kepada gadis remaja dalam mengejar impian dan mencari identiti.

“Menerusi siri ini juga, Astro Shaw ingin mengangkat semangat atlet Malaysia dan komuniti yang membentuk mereka. Kami mengharapkan ‘Generasi: Perfect 10’ menjadi manifestasi tentang ketahanan dan kuasa transformasi yang mendefinisikan mereka sebagai seorang juara,” tambahnya lagi.

Lebih daripada sekadar hiburan, siri ini adalah cerminan ketabahan, semangat, dan kuasa transformasi nilai yang membentuk seorang juara di gelanggang mahupun dalam kehidupan sebenar.

Arabella Ellen, Sharifah Sakinah & Arena Wan

Kolaborasi Strategik

‘Generasi: Perfect 10’ turut disokong dengan kerjasama bersama Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia dengan 10 nutrien penting.

Kolaborasi ini bukan sahaja merangkumi penempatan produk dalam siri, malah sebuah video khas berdurasi 30 saat turut diterbitkan sempena kempen bersama.

Usaha ini menjadikan ‘Generasi: Perfect 10’ lebih daripada sekadar drama televisyen, tetapi juga satu gerakan gaya hidup yang mengangkat semangat sihat dan bertenaga.

Eksklusif buat peminat drama premium, ‘Generasi: Perfect 10’ boleh ditonton lebih awal secara On Demand di Astro GO bermula jam 12.00 tengah malam atau distrim menerusi aplikasi sooka.

Untuk pengalaman hiburan tanpa henti, pelanggan boleh melanggan Pek Astro One hanya pada harga RM49.99/sebulan, atau menaik taraf dengan Astro Fibre 500Mbps + Pek Entertainment pada harga RM139.99/sebulan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.astro.com.my atau dengan menghantar WhatsApp “Hi” ke 03 9543 3838.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain