Cabaran Virtual Run MASKULIN DARE Dibuka Untuk Pendaftaran, Hadiah Wang Tunai Jadi Rebutan!

Share

Kepada yang belum familiar dengan virtual run, ia sebenarnya adalah cabaran atau aktiviti larian yang boleh anda lakukan di mana sahaja lokasi yang dipilih. Dan anda boleh melakukan larian ini di mana-mana permukaan jalan, trail, trek atau di atas treadmill.

Apa yang anda perlukan ialah mencatatkan segala data larian yang diperlukan oleh pihak penganjuran kerana ia akan dijadikan sebagai bukti yang anda telah melakukannya. Senang bukan?

Di negara kita sendiri kini pelbagai pertandingan dan cabaran virtual run semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar aktviti larian. Ia dilakukan sama ada secara solo atau berkumpulan.

And we have great news for you guys!

Buat pelari yang aktif berlari secara solo atau berkumpulan, MASKULIN bakal mengandakan cabaran virtual run anjuran kami, MASKULIN DARE!

APA ITU MASKULIN DARE

Mungkin dan tertanya, apakah yang membezakan MASKULIN DARE dengan virtual run yang lain. Pertama sekali, ini merupakan penganjuran sulung virtual run oleh MASKULIN.

Sebagai sebuah jenama media lelaki sofistikated, MASKULIN merupakan antara pelopor gaya hidup lelaki di Malaysia. Semestinya penganjuran pertama ini bakal memberikan pendedahan lebih besar kepada anda sebagai peserta.

Jika segalanya berjalan lancar penganjuran ini akan dilangsungkan bukan hanya sekali tetapi terbahagi kepada empat siri yang setiap satunya mempunyai cabaran yang semakin sukar sepanjang tahun 2019.

MASKULIN DARE 1

DAFTAR DI SINI!

Untuk setiap peserta yang berjaya melakukan catatan larian minimum 20 kilometer, anda akan mendapat:

JOM DAFTARKAN DIRI!

Bagi menyertai MASKULIN DARE, terdapat 4 langkah yang perlu anda ikuti dan lengkapkan.

1. PENDAFTARAN

  • Fasa 1: Pendaftaran ketua dan nama kumpulan (15 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019)
  • Fasa 2: Pendaftaran ahli kumpulan (26 Mac 2019 hingga 16 April 2019)

2. LARIAN

  • Rekod larian dengan menggunakan apps yang ditetapkan (STRAVA / GARMIN / NIKE+ / RUNSTACTIC)
  • Pastikan aps mempunyai rekod masa, tarikh & jarak

3. BUKTI LARIAN

  • Snapshot & hantar bukti larian dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Hantarkan bukti larian di landing page MASKULIN DARE.

4. KEPUTUSAN 

  • Keputusan semasa akan dipaparkan secara mingguan.
  • Anda boleh menyemak keputusan ini juga di landing page MASKULIN DARE.

HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!

Top 3 kumpulan (jarak kumpulan terkumpul paling tinggi)

Top 3 Individu (jarak individu terkumpul paling tinggi)

Kumpulan Paling Aktif (jarak purata terkumpul paling tinggi, minimum 20 orang ahli setiap dalam kumpulan)

The Great Maskulin Challenge (sekurang-kurangnya melengkapkan 3 siri larian)

Plaque (hanya untuk ketua kumpulan sahaja)

Dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang rasmi MASKULIN DARE di sini!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

2. Peserta mestilah melengkapkan butiran peribadi dan membuat pembayaran sebelum memulakan larian.

3. Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer.

4. Peserta boleh memulakan berjalan/larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.

5. Peserta harus melengkapkan jarak larian dan hantarkan bukti melalui snapshot jarak treadmill atau keputusan daripada apps larian seperti NIKE+, STRAVA, GARMIN atau RUNTASTIC (berupaya merekod jarak & masa larian).

6. Penghantaran medal dan t-shirt ‘finisher’ akan dilakukan selepas tamat tempoh larian dalam tempoh 30 hari bekerja dan nombor tracking akan diberi di dalam email anda.

7. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.

8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.

IKLAN