Cetaphil Perkenal Pendekatan Advokasi Kulit Sensitif Bersama Pakar Dermatologi

Share

Jenama penjagaan kulit sensitif terkemuka antarabangsa dan jenama dermatologikal, Cetaphil, mengorak langkah berani dengan memperkenalkan strategi baharu berasaskan advokasi.

Ia disokong dengan kolaborasi bersama pakar dermatologi dan komuniti pempengaruh. Langkah ini diperkenalkan sempena pelancaran rasmi Cetaphil SkinLABS berlangsung hari ini.

Di samping itu mereka turut sambil memperkenalkan dua produk inovatif rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.

Berbekalkan kebimbangan terhadap limpahan maklumat bercampur di media sosial yang berpotensi menjejaskan lapisan pelindung kulit, Cetaphil memilih untuk memacu pendekatan berasaskan ilmu sains.

Misi Advokasi Cetaphil Bersama Pakar dan Pempengaruh

Kolaborasi ini menghubungkan pengguna dengan kepakaran dermatologi, memastikan setiap individu mendapat pendedahan kepada amalan penjagaan kulit yang selamat dan terbukti keberkesanannya.

“Komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang merangkumi semua keperluan penjagaan kulit, demi memastikan semua orang tanpa mengira jenis kulit atau masalah mereka mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan serta telah dibuktikan secara klinikal,” kata Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cik Cindy Tiu.

Kulit sensitif menjejaskan hampir separuh daripada populasi dewasa di Malaysia. Namun, stigma bahawa produk kulit sensitif kurang berkesan masih wujud.

Cetaphil tampil ingin menolak persepsi ini dengan menawarkan rangkaian yang bukan sahaja melindungi lapisan pelindung kulit, malah memberikan hasil yang jelas.

“Selama lebih 75 tahun, Cetaphil telah berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan mendalami penjagaan kulit berasaskan sains agar semua orang berasa bebas untuk menyerlahkan diri mereka yang paling autentik. Di Cetaphil, kami untuk semua yang berkulit sensitif,” tambah Cik Cindy Tiu.

Inovasi Terkini Cetaphil Semua Peringkat Usia

Rangkaian Gentle Exfoliating SA diformulasi khas untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat. Ia menggabungkan tiga jenis asid lembut iaitu PHA (Glukonolakton) untuk melembapkan, AHA (Asid Mandelik) untuk memperbaiki tona dan penghasilan sel baharu, serta BHA (Asid Salisilik) untuk mengawal minyak dan mengurangkan kemerahan.

Kajian klinikal menunjukkan penggunaan sekali dapat mengurangkan jeragat sebanyak 28% dan bintik hitam sebanyak 45%, selain memulihkan lapisan pelindung kulit.

Pembersih Gentle Exfoliating SA pula menanggalkan kekotoran dan mengelupas dengan lembut, dengan 90% pengguna bersetuju kulit terasa lebih lembut selepas satu kali penggunaan.

Losyen Gentle Exfoliating SA pula meningkatkan penghidratan segera sebanyak 83% yang bertahan sehingga 48 jam, sambil membantu menghasilkan tona kulit lebih sekata.

Bagi kulit halus bayi yang baru lahir, Cetaphil memperkenalkan Baby Soothing Moisturising Cream yang diuji secara klinikal, bebas pewangi dan jeli petroleum.

Ia menawarkan tiga manfaat utama iaitu melegakan kerengsaan dengan gabungan gliserin, minyak bunga matahari dan minyak badam; memberikan penghidratan sehingga 48 jam, serta melindungi daripada lima tanda kulit sensitif.

BACA: Tip Cuci Rambut Sendiri Untuk Hasil Seperti Di Salun

Cetaphil SkinLABS yang dibuka kepada umum menjadi platform interaktif yang menggabungkan pendidikan, pengalaman langsung, dan penceritaan berasaskan advokasi.

Acara ini menampilkan ahli dermatologi, pempengaruh KOL kecantikan dan gaya hidup, ahli farmasi, media, serta pengguna, dengan pelbagai zon seperti Zon Penghidaratan, Pengelupasan, Berseri, dan Penjagaan Lembut yang membolehkan pengunjung merasai sendiri keberkesanan produk.

Anda boleh dapatkan produk Cetaphil di sini!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim