Dalam Negara

Cico Harahap Tiada Sumber Pendapatan Sejak Sakit

Share

“Cico Harahap beritahu dia tak ada sumber pendapatan sejak berdepan masalah kesihatan.

“Tiada siapa mahu mengambilnya berlakon kerana ada masalah percakapan.” kata penyanyi, Salimey Abu Bakar.

Salimey yang juga rakan baik kepada pelakon lelaki itu berkongsi luahan berkenaan ketika melawatnya di Hospital Ampang, baru-baru ini.

Katanya, Cico Harahap yang dirawat di hospital kerana menghidap masalah jantung hingga kakinya bengkak sudah dibenarkan pulang ke rumahnya sejak 1 Syawal lalu.

Foto: Salimey melawat Cico Harahap di hospital (Sumber: Harian Metro)

“Secara kebetulan, saya melawat keluarga mentua yang sakit di hospital sehari sebelum raya dan bertemu Cico yang turut dirawat di situ.

“Sepanjang yang saya tahu, Cico sudah lama sakit jantung dan dia dimasukkan ke  hospital itu kerana kakinya bengkak.

“Cico beritahu, doktor benarkan dia pulang ke rumah di Ampang pada keesokan harinya (Rabu) untuk beraya bersama anaknya (1 Syawal),” katanya kepada Harian Metro.

Foto: Tangkap layar lakonan Cico Harahap dalam filem Mistik (2003).

Rancang Mohon Bantuan Perdana Menteri

Mengulas perkembangan Cico lagi, kata Salimey, anak artis veteran Uji Rashid itu meluahkan perasaan sedih kerana tiada persatuan artis seperti Persatuan Seniman mahupun Persatuan Karyawan yang membantunya ketika ini.

Tambah Salimey lagi, dia juga merancang untuk membantu Cico mendapatkan bantuan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat ini.

Foto: Tangkap layar lakonan Cico dalam filem Puteri Impian (1997).

“Pejabat Perdana Menteri memang ada slot untuk membantu artis atau seniman yang memerlukan bantuan.

“Saya juga pernah membantu menguruskan Ali XPDC mendapat bantuan dari Perdana Menteri menerusi Setiausaha Sulitnya, Ahmad Farhan Fauzi, sebelum ini.

Foto: Tangkap layar lakonan Cico dalam filem Cinta Fotokopi (2005).

“Bagaimanapun, saya perlu periksa dahulu keadaan kesihatan Cico terlebih dahulu sama ada dia benar-benar layak untuk mendapat bantuan, sumbangan zakat dan sebagainya,”katanya.

Terdahulu, Salimey berkongsi keadaan Cico yang dirawat di hospital menerusi hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

BACA: Impian Setinggi Angkasa, Anak Malaysia Buktikan Idea ‘Gila’ Sebenarnya Tidak Gila

IKLAN