
Dalam dunia kecergasan, pencapaian luar biasa bukan datang daripada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi juga kekuatan mental dan ketahanan jiwa. Itulah yang dibuktikan oleh Soh Wai Ching, pelari menara kebangsaan yang berjaya mencipta sejarah apabila mencatat rekod dunia baharu mendaki setinggi 1.788 kilometer menggunakan mesin tangga, bersamaan dengan empat kali ketinggian Menara KLCC, dalam masa hanya satu jam.
Ya, anda baca betul. Satu jam, empat kali KLCC. Tanpa henti.
Soh bukan nama asing dalam arena larian menara global. Tapi kali ini, beliau melonjak lebih jauh dengan rekod yang diiktiraf dunia, memadam rekod lama milik atlet dari UK, David Mahoney (1.748 km). Percubaan ekstrem ini dilakukan dalam suasana indoor, tanpa sebarang gangguan luar hanya mesin, masa, dan semangat.
“Mencabar minda, tanpa henti selama satu jam. Memang sukar. Masih tak percaya saya berjaya harunginya,” kata Soh.
Ia bukan sekadar tentang otot, tetapi tentang fokus, konsistensi, dan pengurusan tenaga — satu kombinasi yang membezakan lelaki biasa dan lelaki luar biasa.
Lebih membanggakan, Soh turut mencipta empat rekod Malaysia Book of Records
dalam sesi yang sama:🏅 Pendakian terpantas setinggi Menara KLCC (451.9m)
🏅 Pendakian terpantas setinggi Merdeka 118 (678.9m)
🏅 Pendakian menegak 1KM terpantas guna mesin tangga
🏅 Jarak pendakian menegak terjauh dalam masa satu jam
Bagi lelaki yang menghargai cabaran, ini bukan sekadar angka. Ia adalah simbol kekuatan tubuh yang terlatih, fikiran yang terjaga dan keazaman tanpa kompromi.
Dalam dunia penuh alasan, Soh adalah definisi lelaki Maskulin sejati yang bukan sekadar bercakap soal disiplin, tetapi hidup dengan disiplin. Dia buktikan bahawa kejayaan bukan sesuatu yang datang semalaman, tetapi dibina daripada rutin yang konsisten dan cabaran yang diterima dengan terbuka.
Tak perlu tunggu Isnin atau tahun baharu untuk berubah. Cabar diri hari ini. Mulakan dengan satu anak tangga, satu set larian, satu langkah berani.
Soh dah buktikan, lelaki Malaysia mampu daki setinggi langit. Sekarang giliran anda.
BACA LAGI : Bruce Willis Hidap Dementia, Tak Boleh Bercakap & Sukar Berjalan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.