DASHING Perkasa Bakat Malaysia Bersama Tottenham Hotspur, Inspirasi Untuk Generasi Muda

Share

Dalam dunia bola sepak moden, peluang merupakan segalanya. Impian untuk menjejakkan kaki ke padang latihan bertaraf dunia sering menjadi angan-angan besar bagi pemain remaja. Namun buat 120 bakat muda Malaysia, impian itu kini semakin hampir menerusi Kem Pencarian Bakat Biasiswa Bakat DASHING 2025.

Sebagai jenama dandanan lelaki terkemuka, DASHING membuka ruang sebenar kepada generasi baharu pemain bola sepak tempatan untuk melangkah lebih jauh dengan kerjasama kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.

Acara sehari yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur ini menghimpunkan pemain berusia 15 hingga 18 tahun dari seluruh negara.

Mereka disenarai pendek melalui proses pemilihan ketat berdasarkan hantaran video, dan diberi peluang dilatih oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Tottenham Hotspur bersama 20 jurulatih tempatan dalam program intensif yang dibina mengikut standard bola sepak profesional.

Kem ini bukan sekadar sesi pemilihan tetapi sebuah platform untuk menguji kemampuan teknikal, kecerdasan permainan dan ketahanan mental pemain muda Malaysia.

Latihan Berintensiti Tinggi Ikut Piawaian Antarabangsa

Sepanjang kem, peserta menjalani latihan menilai kemahiran teknikal, kecergasan dan disiplin taktikal. Menurut Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Shannon Moloney,:

“Malaysia memiliki potensi besar dalam arena bola sepak dan amat menginspirasikan apabila melihat program seperti ini menyediakan platform sebenar untuk pemain muda menonjolkan bakat mereka. Bakat serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kem ini sangat mengagumkan — para pemain ini jelas dahagakan kejayaan.”

Dari sesi pecutan, formasi kecil hingga perlawanan kompetitif singkat, setiap aktiviti direka bagi mencerminkan realiti latihan profesional.

Shannon Moloney, jurulatih dari Tottenham Hotspur

Tekanan tinggi memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan karakter sebenar mereka di bawah bimbingan jurulatih Tottenham Hotspur.

Suara Peserta Muda

Bagi ramai pemain muda, pengalaman ini bukan sekadar pertandingan tetapi detik penting dalam perjalanan mereka.

Dazzel Emil Haziq, pemain pertahanan 15 tahun dari Selangor, berkata:

“Kem Pencarian Bakat ini berada di tahap yang berbeza. Ia satu pengalaman yang berharga untuk saya menguji kemampuan diri menentang ramai pemain hebat lain dan memberikan motivasi untuk terus memperbaiki permainan saya serta mengejar impian untuk bermain di luar negara.”

Peserta lain, Muhammad Darwisy turut berkongsi pandangan sama:

“Ia merupakan satu pengalaman hebat dapat berlatih bersama pemain-pemain yang sangat berbakat dari seluruh Malaysia. Latihan yang dijalankan bukan sahaja menguji kemahiran kami tetapi juga ketahanan mental.”

Hanya tiga pemain terbaik akan dipilih untuk terbang ke London dan menjalani latihan di Akademi Tottenham Hotspur pada tahun 2026.

DASHING Lebih Daripada Jenama Dandanan Lelaki

Walaupun dikenali sebagai jenama gaya hidup lelaki, DASHING membuktikan komitmennya jauh melangkaui produk penjagaan diri.

Mereka melabur dalam pembangunan belia, membina keyakinan diri serta menyediakan peluang nyata untuk masa depan generasi muda Malaysia.

Menurut Pengurus Pemasaran DASHING, Devarshi Dalmia, “Di DASHING, kami percaya dalam memberi keyakinan kepada belia Malaysia untuk mengejar impian mereka.

“Kerjasama dengan kelab terkemuka dunia seperti Tottenham Hotspur membolehkan kami menggabungkan semangat tempatan dengan kepakaran bertaraf dunia,” tambahnya lagi.

Kerjasama ini membuka ruang bagi bakat Malaysia mempelajari metodologi bola sepak antarabangsa yang jarang dapat diakses secara langsung oleh pelatih muda di negara ini.

BACA: #IniPadangKita: Inisiatif Astro Menghidupkan Semula Padang Bola Sepak Komuniti Malaysia

Menuju London 2026

Dengan kem selesai, kini tibalah detik paling mendebarkan — pengumuman tiga pemain terbaik yang akan menyertai latihan intensif di pusat latihan eksklusif Tottenham Hotspur di London.

Pengalaman ini berpotensi menjadi platform yang mengubah masa depan kerjaya mereka dalam arena bola sepak.

Bagi DASHING, program ini bukan usaha jangka pendek tetapi sebahagian daripada misi panjang memartabatkan belia Malaysia melalui keyakinan, disiplin dan peluang sebenar untuk berjaya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim