Doktor Ini Kongsi, Orang Diabetes Pun Boleh Makan Nasi Asalkan Tahu 7 Cara Betul Ini!

Share

Tanyalah mana-mana pesakit diabetes pasti mereka takut nak makan nasi putih. Alasannya kerana nasi putih mempunyai kandungan gula yang tinggi sehingga boleh menjejaskan kesihatan pesakit diabetes.

Sebenarnya pesakit diabetes masih boleh makan nasi putih jika tahu aturan yang betul.

Ini akui oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi

dalam penulisan di facebooknya.

Menurutnya, pesakit diabetes yang ingin makan nasi putih haruslah memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Jom ikuti perkongsiannya.

NASI DAN DIABETES – APA YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Nasi kukus

Nasi dari beras yang dikukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.

GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.

2. Makan nasi keras

Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.

3. Makan nasi sejuk

Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.

4. Makan nasi dari beras hancur

Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).

5. Nasi dengan kacang bendi

Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

6. Nasi goreng

Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.

7. Elak makan bubur

Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.

Dapatkan nasihat Dr anda. Makan ikut kadarnya.

#DrSuriRoowi
Principal Scientist

IKLAN