Dua Kondisi Yang Tentukan Anda Boleh Bersenam Atau Tidak Semasa Badan Sakit!

Share

Sekiranya anda seorang yang sentiasa konsisten bersenam, badan yang tiba-tiba tidak sihat hanya akan membantutkan konsistensi anda. Jadi, adakah ia boleh dan selamat untuk dilakukan?

 

Menurut Dr. Drew Watson, M.D., M.S, Dari Universiti od Winsconsin School of Medicine and Public Health, ada dua kondisi yang akan tentukan anda masih boleh bersenam atau rehat sahaja di rumah.

 

Kondisi 1: Simptom tidak sihat bermula dari leher dan ke atas

 

Kondisi ini termasuk hidung tersumbat, sakit tekak atau selsema. Dalam kondisi ini anda masih lagi boleh melakukan senaman yang ringan atau moderate.

 

Jika hidung tersumbat menjadi masalah, ambil ubat yang tidak menyebabkan mengantuk. Bagi kaki gym, lihat dahulu kadar tenaga anda. Jika kadar tenaga anda di tahap baik, hadirlah ke gym dengan syarat kurangkan intensiti senaman anda.

 

Nota buat kaki gym: Pastikan anda basuh tangan sebelum menggunakan peralatan gym

, lap peralatan tersebut selepas anda selesai menggunakannnya dan halakan batuk atau bersin anda pada bahu berbanding tangan anda untuk mengelakkan penyebaran bakteria berlaku.

 

Jika anda mula rasa lebih teruk, kurangkan lagi intensiti senaman anda ataupun berhenti lebih awal. Jangan jadikan sakit anda lebih teruk.

 

Kondisi 2: Simptom tidak sihat bermula dari leher dan ke bawah

 

Kondisi ini termasuk batuk, semput/asmatik, sesak dada, mual-mual, muntah-muntah, cirit-birit, demam bersama sengal-sengal badan. Jika anda sedang mengalami simptom ini, sila lupakan terus rutin senaman anda. Kesemua simptom ini berkemungkinan permulaan bagi penyakit yang lebih serius.

 

Tambahan lagi, anda mengalami kesukaran untuk bangun dari katil jika sedang sakit begini apatah lagi mahu bersenam. Jika anda paksa juga, kemungkinan untuk anda mengalami dehidrasi, pening-pening atau pengsan akan meningkat dengan mendadak.

IKLAN