Fat Fasting, Rahsia Diet Pantas Yang Ramai Tak Sangka Berkesan

Share

Fat fasting ialah satu teknik diet jangka pendek yang makin banyak disebut dalam komuniti fitness kerana ramai yang suka pada keputusan cepat dan cara pelaksanaannya yang mudah.

Walaupun konsepnya nampak ringkas, ia sebenarnya ada struktur khusus untuk membantu badan masuk ke fasa ketosis dengan lebih pantas.

Dalam tempoh beberapa hari ini, diet ini bergantung kepada kalori yang rendah tetapi kandungan lemak yang sangat tinggi.

Pendekatan ini menghantar signal jelas pada badan supaya berhenti bergantung pada gula dan mula menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama, sesuatu yang biasanya mengambil masa lebih lama jika menggunakan pendekatan lain.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Foto : HonestDocs

Bila kalori dikurangkan dan sumber tenaga datang hampir sepenuhnya daripada lemak, badan cepat bertukar mod dan masuk ketosis lebih laju berbanding diet rendah karbohidrat biasa.

Dalam keadaan ini, liver menghasilkan ketones sebagai bahan bakar, dan inilah yang biasanya menyebabkan perubahan fizikal lebih ketara walaupun ia hanya dilakukan dalam beberapa hari sahaja.

Fat fasting juga selalunya membantu memperbaiki sensitiviti insulin, mengurangkan craving gula, dan menjadikan tenaga lebih stabil untuk mereka yang dah biasa dengan IF atau diet keto.

Makanan Sesuai Untuk Fat Fasting

Walaupun nama diet ini kedengaran seperti perlu makan makanan berminyak, realitinya lebih menjurus kepada clean fats yang mudah diproses badan.

Biasanya ia melibatkan makanan seperti telur, avocado, minyak kelapa, butter, cream cheese atau sumber lemak semula jadi lain yang tidak memerlukan karbohidrat untuk dicerna.

Disebabkan ia sangat tinggi lemak, menu harian biasanya lebih mengenyangkan walaupun jumlah kalori rendah, cuma ia memang cenderung menjadi repetitive dan sesuai hanya untuk tempoh beberapa hari sahaja.

Kelebihan Dan Risiko Yang Perlu Dipertimbangkan

Ramai yang pilih fat fasting kerana ia boleh menunjukkan penurunan berat yang ketara dalam masa singkat.

Untuk mereka yang mengalami weight loss plateau, ia sering dijadikan alat untuk mulakan semula progress yang terhenti.

Gula yang rendah juga membantu tubuh menjadi lebih stabil dari segi tenaga dan mengurangkan craving yang muncul tiba-tiba.

Walaupun begitu, diet ini bukanlah sesuatu yang sesuai dijadikan rutin jangka panjang kerana pengambilan kalori yang terlalu rendah boleh menyebabkan keletihan, fokus menurun dan kekurangan protein untuk pemulihan otot.

Jika dilakukan lebih daripada tempoh disarankan atau tanpa pemantauan, ia boleh menyebabkan dehidrasi atau ketidakseimbangan elektrolit.

Siapa Yang Sesuai Menggunakan Teknik Ini?

Fat fasting biasanya lebih sesuai untuk individu yang sudah biasa dengan IF atau keto, mereka yang perlukan reset metabolik, atau yang mahu turunkan berat dengan cepat sebelum event tertentu.

Ia bukan pilihan terbaik untuk beginner atau sesiapa yang tidak biasa dengan makanan rendah karbohidrat.

Teknik ini berkesan hanya apabila dilakukan secara bijak, difahami risikonya dan dihentikan segera apabila badan memberi tanda tidak sesuai.

Secara keseluruhan, fat fasting ialah satu alat diet jangka pendek yang boleh memberikan hasil pantas jika dilakukan dengan betul.

Ia membantu memberi pecutan awal sebelum kembali ke rutin pemakanan yang lebih seimbang.

Apa pun, keputusan terbaik tetap datang bila seseorang memahami had tubuh sendiri, mengamalkan teknik ini secara berhemah dan tidak menjadikannya sebagai lifestyle jangka panjang.

BACA LAGI : 6 Rutin Senaman Pagi Power-Up Mentaliti Lelaki

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain