Foto Percutian Zul Ariffin Tayang Badan Sasa Jadi Inspirasi Lelaki Maskulin

Share

Pelakon terkenal Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto percutiannya di sebuah pulau, tampil dengan tubuh sasa tanpa berbaju yang benar-benar mencerminkan sisi maskulin dirinya.

Dalam perkongsian di Instagram, aktor berusia 39 tahun itu memperlihatkan otot perut yang jelas terbentuk serta tubuh tegap hasil disiplin menjaga kecergasan. Tidak hairan ramai pengikut, khususnya wanita, teruja melihat perkongsian tersebut. Malah, ruangan komen dibanjiri dengan gurauan nakal – ada yang mengaku terus segar mata selepas melihat hantaran Zul, tidak kurang juga yang cuba ‘mengayat’ dengan ucapan manja serta salam perkenalan.

Aura Karisma Seorang Lelaki Maskulin

Perkongsian itu bukan sekadar hiburan buat pengikut, malah menambah aura karisma Zul yang memang dikenali dengan imej macho. Ramai memuji penampilannya, apatah lagi selepas beliau sebelum ini berkongsi kejayaannya menurunkan hampir 20 kilogram dalam tempoh dua bulan semata-mata untuk menjayakan watak dalam filem aksi terbaru. Itu membuktikan bahawa disiplin dan fokus adalah kunci sebenar dalam mencapai sasaran kecergasan.

Kombinasi Gaya Hidup & Dedikasi

Dalam hantaran sama, Zul turut berkongsi foto close-up otot perutnya sambil menggunakan lagu Enter Sandman daripada kumpulan legenda Metallica sebagai muzik latar. Pemilihan lagu itu bukan sekadar gaya, tetapi menyerlahkan lagi ‘vibe’ macho dan ‘alpha’ yang membuatkan imejnya lebih menyerlah di mata peminat.

Sebagai lelaki, apa yang dipamerkan Zul ini sebenarnya sebuah refleksi gaya hidup sihat – kombinasi latihan bebanan, kardio, diet seimbang dan juga mindset yang kuat. Ia bukti nyata bahawa tubuh sasa tidak dibina dalam sehari, tetapi hasil konsistensi dan kerja keras.

Inspirasi Buat Lelaki Maskulin

Bagi pembaca Maskulin, kisah Zul ini boleh dijadikan inspirasi. Lelaki yang ingin tampil berkarisma tidak boleh hanya bergantung pada gaya berpakaian semata-mata. Tubuh sihat dan bertenaga adalah pelengkap kepada personaliti seorang lelaki. Jika Zul boleh lakukannya dalam jadual kerjaya yang padat, tiada alasan untuk kita tidak bermula hari ini.

SUMBER : Instagram

Published by
Nana