
Melakukan senaman atau latihan sering menjadi topik menarik bagi individu yang aktif bersukan ketika bulan puasa. Bagi mereka yang konsisten menjalani rutin kecergasan, Ramadan sering hadir dengan cabaran tersendiri kerana perubahan waktu makan, corak tidur dan tahap tenaga sepanjang hari boleh memberi kesan kepada prestasi latihan jika tidak diurus dengan baik. Di sinilah Garmin boleh tampil sebagai peranti yang mampu membantu perancangan tersebut.
Namun bagi atlet berpengalaman, Ramadan bukan alasan untuk berhenti bersenam. Sebaliknya ia adalah tempoh untuk menyesuaikan pendekatan latihan supaya badan kekal aktif tanpa memberi tekanan berlebihan.
Garmin berkongsi beberapa panduan daripada atlet dan jurulatih mereka seperti jurulatih freediving Zack Salim, atlet trail Garmin Jalil Nasir, pelumba profesional Hafizh Syahrin serta pelakon yang juga atlet aktif Amar Baharin.
Berdasarkan pengalaman mereka dalam pelbagai disiplin sukan, empat tip ini boleh membantu anda mengekalkan rutin latihan secara lebih bijak sepanjang bulan Ramadan.
Perubahan rutin ketika berpuasa boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan kemampuan badan untuk melakukan latihan. Oleh itu, perancangan jadual latihan sangat penting bagi memastikan badan tidak dipaksa bekerja melebihi kemampuan.
Antara pendekatan yang diamalkan oleh atlet Garmin termasuk:
Contohnya, Jalil Nasir memilih untuk berlatih sekitar dua jam selepas waktu berbuka dengan larian santai pada tahap intensiti rendah untuk membina ketahanan aerobik.
Pelakon dan atlet Amar Baharin pula lebih gemar berbasikal selepas solat tarawih dengan sesi kayuhan sederhana sekitar dua jam.
Selain latihan, faktor rehat memainkan peranan besar dalam memastikan prestasi kekal stabil sepanjang Ramadan. Ketika berpuasa, tubuh bekerja lebih keras untuk menyesuaikan diri dengan perubahan jadual harian.
Zack Salim dan Amar Baharin menekankan kepentingan mendapatkan tidur yang mencukupi sama ada dengan tidur lebih awal atau mengambil rehat singkat pada waktu siang.
Strategi pemulihan yang sering diamalkan atlet termasuk:
Ramai atlet ini turut menggunakan jam pintar Garmin untuk memantau kualiti tidur dan tahap tenaga. Ciri seperti Sleep Score dan Body Battery membantu mereka memahami tahap pemulihan badan sebelum menentukan intensiti latihan seterusnya.
Dalam bulan Ramadan, waktu makan yang terhad menjadikan pemilihan makanan lebih penting bagi memastikan tenaga kekal stabil sepanjang hari.
Bagi Zack Salim dan Amar Baharin, sahur perlu dirancang secara strategik dengan memberi fokus kepada nutrisi yang membantu mengekalkan tenaga.
Cadangan pemakanan yang dikongsi termasuk:
Ketika berbuka pula, Amar biasanya memulakan dengan makanan ringkas seperti kurma dan air sebelum mengambil hidangan utama secara sederhana.
Jalil Nasir dan Hafizh Syahrin turut menekankan kepentingan keseimbangan ketika menikmati makanan Ramadan.
Selain aspek fizikal, cabaran terbesar ketika Ramadan sering datang daripada mentaliti. Konsistensi latihan ketika berpuasa memerlukan disiplin, kesabaran dan keyakinan diri.
Hafizh Syahrin percaya Ramadan bukan masa untuk mengejar rekod baharu tetapi untuk kekal konsisten.
Pendekatan mental yang dikongsi oleh atlet Garmin termasuk:
Menurut Jalil Nasir, setiap latihan walaupun perlahan tetap merupakan satu kemenangan kecil yang membantu mengekalkan momentum kecergasan.
BACA: KLIMS Run 2026, Acara Larian Ikonik Penuh Inspirasi Sambut Era Mobiliti Masa Depan
Dengan memahami keperluan badan dan mengekalkan pendekatan yang lebih seimbang, Ramadan sebenarnya boleh menjadi tempoh yang sesuai untuk membina disiplin kecergasan secara lebih bijak.
Garmin turut menawarkan promosi istimewa Raya dengan diskaun sehingga 48 peratus bagi produk terpilih serta paket Raya percuma bagi pengguna.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.