HardTech & Transmission Bakal Meriahkan Hujung Minggu MotoGP Malaysia

Share

Siri perlumbaan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 pada tahun ini akan kembali ‘ditemani’ dengan satu siri konsert yang cukup istimewa. Buat pertama kali dalam sejarah, Hi:Five Entertainment membawakan tiga jenama muzik elektronik bertaraf dunia, HardTech (Hardmission dan Techmission) bersama Transmission, bersempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025.

Acara pra-parti ini dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 di lokasi ikonik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit, sebagai rakan strategik rasmi.

Disajikan di tengah-tengah keterujaan hujung minggu MotoGP, kolaborasi ini menjanjikan ledakan tenaga yang menggabungkan peminat perlumbaan dan penggemar muzik dari seluruh dunia.

HardTech dan Transmission: Dua Dunia, Satu Pentas

HardTech yang terdiri daripada Hardmission dan Techmission membawa reputasi sebagai kuasa revolusioner dalam arena muzik elektronik.

Ia dikenali dengan tenaga tanpa henti serta rentak keras yang memukau, ia mencipta pengalaman pesta futuristik yang menggabungkan rekaan bunyi termaju dengan visual artistik imersif. Keunikan inilah yang mengubah cara penonton menikmati muzik elektronik secara langsung.

Transmission pula adalah jenama trance ikonik dunia yang terkenal dengan produksi berskala besar, tema sinematik dan visual yang mempesonakan.

Berasal dari Eropah, Transmission telah berkembang menjadi fenomena global yang memikat peminat di pelbagai benua. Ketibaan Transmission di Malaysia menjadi babak baharu dalam sejarah muzik tarian negara, membawa barisan artis trance terpilih dan penceritaan melalui cahaya, laser, dan bunyi.

Kehadiran kedua-dua jenama ini bakal menghadirkan perjalanan sonik yang tidak terlupakan, daripada melodi membangkitkan semangat hingga dentuman bertenaga tinggi, memberikan pengalaman muzik elektronik yang paling elektrik dan imersif di Asia Tenggara.

Lebih Daripada Sebuah Festival

Hi:Five Entertainment menggariskan bahawa acara ini bukan sekadar festival muzik, tetapi perayaan komuniti, budaya dan masa depan muzik elektronik di Malaysia.

Dengan gabungan aura MotoGP, HardTech dan Transmission, Litar Antarabangsa Sepang akan bertukar menjadi pusat denyutan cahaya, bunyi dan semangat kolektif peminat.

Sorotan acara termasuk persembahan DJ kelas dunia merentasi genre HardTech dan trance, gabungan visual dan pencahayaan imersif, serta kolaborasi istimewa bersama PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025.

Ia juga menjadi detik bersejarah buat komuniti rave tempatan apabila trance membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan.

Barisan artis yang bakal menggegarkan pentas termasuk Space 02, MANDY, Sub Zero Project, Warface, Trym, Bass Agent, Markus Schulz, Aly & Fila, Ben Nicky, Daxson, Driftmoon dan ramai lagi.

Tampil Dengan SOP Ketat

Mengenai misi penganjur, Hi:Five Entertainment menegaskan, “Muzik adalah teras kepada segala yang kami lakukan, dan kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman yang memberi kesan mendalam kepada semua jenis peminat muzik.

“Misi kami adalah menyatukan orang ramai melalui bahasa universal muzik, mencipta momen yang tidak dapat dilupakan, memberi inspirasi, hiburan dan hubungan,” jelas wakil penganjur lagi.

Dengan latar belakang perlumbaan berkelajuan tinggi dan barisan persembahan antarabangsa, HardTech & Transmission 2025 bakal menjadi titik tolak baharu dalam peta festival Malaysia.

Lebih menarik, penganjuran festival ini juga buat memperkenalkan prosedur operasi standard ketat yang difahamkan pertama kali dilakukan seumpamamnya.

“Antara yang kami perkenalkan ialah stesen air yang lebih banyak. Kami mahu pengunjung berhibur dengan selamat dan sentiasa terhidrat. Pelbagai makanan juga turut ditawarkan dengan mudah. Selain itu kami juga perkenalkan mobile hospital serta ruang solat yang selesa.

“Kami juga bekerjasama adengan rapat dengan pihak polis untuk memastikan aspek keselaatan terjamin dengan sebaiknya,” jelas wakil penganjur yang ditemui MASKULIN semalam.

Gabungan adrenalin MotoGP dan magis muzik elektronik ini dijangka mencetuskan pengalaman yang akan dikenang lama oleh pengunjung dari seluruh dunia.

BACA: Tip Cuci Rambut Sendiri Untuk Hasil Seperti Di Salun

Acara akan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 11.50 malam setiap hari, dengan jangkaan kehadiran sehingga 15,000 orang.

Tiket boleh didapati melalui TICKETMELON.COM dan MEGATIX.ASIA, manakala pakej tiket beserta hotel akan diumumkan tidak lama lagi.

Tiket kemasukan umum untuk dua hari bermula dari RM268 bagi pra-jualan, manakala pas VIP bermula pada RM468.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim