Sukan

Harga Pengorbanan Pemain Hoki Negara, Sanggup Kehilangan Gigi & Makan Siku

Share

Netizen memberi reaksi bangga dan terharu apabila posting terbaharu daripada pemain skuad Malaysian Tigers, Faizal Saari yang berusia 26 tahun itu tentang kehilangan gigi harapannya. Ia juga sambutan luar dugaan daripada netizen apabila mendapat lebih 7,000 tanda likes selain hampir 500 komen daripada peminatnya yang memberi kata-kata berbentuk perangsang.

Demi perjuangan terhadap skuad Malaysian Tigers yang bergaya mengalahkan antara gergasi dunia, Pakistan 3-2 dalam saingan Super 4, Piala Asia 2017 semalam, beliau cedera akibat terkena hentakan siku pemain lawan.

“Empat batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit… kenangan manis. Sedap juga makan (diterjah) siku,” tulis Faizal menerusi akaun Instagram miliknya yang dipetik oleh media tempatan hari ini.
Posting terbaharu pemain berusia 26 tahun itu menerima sambutan luar dugaan netizen apabila mendapat lebih 7,000 tanda likes selain hampir 500 komen daripada peminatnya yang memberi kata-kata berbentuk perangsang.

 

Apapun, tahniah kami ucapkan buat Faizal Saari dan team skuad Malaysian Tigers atas kemenangan dan mengharunkan nama Malaysia ke persada dunia. 

IKLAN