Berita

Iran Mungkin Tarik Diri Dari Piala Dunia 2026 Susulan Ketegangan Perang

Share

Penyertaan Iran Piala Dunia 2026 kini berada dalam tanda tanya selepas kerajaan negara itu memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan mereka mungkin tidak akan menyertai kejohanan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Iran, Ahmad Donyamali, menyatakan bahawa situasi semasa negara itu tidak memungkinkan mereka mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia tersebut.

Piala Dunia 2026 dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bermula 11 Jun. Iran sepatutnya beraksi dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Menurut jadual perlawanan, Iran dijadualkan bertemu New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, Belgium di Los Angeles pada 21 Jun dan Mesir di Seattle pada 26 Jun.

Namun situasi geopolitik yang semakin tegang dipercayai menjadi faktor utama yang boleh menyebabkan Iran menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Ketegangan Politik Jejaskan Iran Piala Dunia 2026

Ketidakpastian penyertaan Iran Piala Dunia 2026 muncul selepas Amerika Syarikat dan rejim Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran dilaporkan melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta beberapa negara yang menjadi tuan rumah pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Foto: Getty Images

Situasi konflik ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pasukan Iran jika mereka bertanding di negara tuan rumah.

Selain faktor keselamatan, keadaan geopolitik yang tidak menentu juga boleh memberi kesan kepada logistik perjalanan pasukan, penyediaan latihan serta pengurusan penyokong yang ingin hadir menyaksikan perlawanan.

Iran Dakwa Tidak Selamat Sertai Kejohanan

Dalam satu wawancara bersama IRIB Sports Network, Ahmad Donyamali menegaskan bahawa keadaan semasa tidak sesuai untuk Iran mengambil bahagian dalam Piala Dunia.

“Disebabkan kerajaan yang korup ini telah membunuh pemimpin kami, dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak berada dalam situasi yang sesuai untuk menyertai Piala Dunia,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa faktor keselamatan pemain menjadi kebimbangan utama kerajaan Iran.

Foto: Ibraheem Al Omari/Reuters

“Pemain kami tidak selamat dan keadaan untuk menyertai kejohanan tersebut tidak wujud,” tambahnya.

Menurut Donyamali lagi konflik yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah memberi kesan besar kepada negara tersebut.

“Dalam tempoh lapan atau sembilan bulan kebelakangan ini dua peperangan telah dipaksakan ke atas kami dan beberapa ribu rakyat kami telah terkorban serta syahid. Oleh itu kami sememangnya tidak mempunyai kemungkinan untuk menyertai kejohanan tersebut,” jelas beliau.

FIFA Masih Menunggu Keputusan Iran

Sementara itu Presiden FIFA Gianni Infantino sebelum ini berkata bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menyatakan bahawa Iran masih dialu-alukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.

Namun kenyataan daripada kerajaan Iran menunjukkan bahawa keputusan akhir berkaitan Iran Piala Dunia 2026 masih belum dimuktamadkan.

BACA: Neymar Umum Piala Dunia 2026 Sebagai Yang Terakhir!

Jika Iran benar benar menarik diri ia bakal menjadi salah satu perkembangan paling dramatik menjelang Piala Dunia 2026 yang dijangka menjadi edisi terbesar dalam sejarah kejohanan dengan penyertaan 48 pasukan.

Buat masa ini dunia bola sepak masih menunggu keputusan rasmi sama ada Iran Piala Dunia 2026 akan kekal dalam kejohanan atau menarik diri sepenuhnya.

Sekiranya keputusan menarik diri benar-benar berlaku, ia bukan sahaja memberi kesan kepada struktur kumpulan kejohanan malah boleh mengubah landskap persaingan dalam edisi Piala Dunia kali ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim