Sukan

“Itu Memang Kami” Ini Penjelasan Atlet Terjun Berkenaan Video Mabuk Tular Di Media Sosial

Share

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tersebarnya video atlet terjun negara sedang bersuka ria sambil minum minuman keras ketika berada di luar negara ketika menjalani program latihan sebagai persiapan menghadapi Siri Kejuaraan Dunia. Video itu mendapat perhatian netizen kerana dianggap tidak wajar seorang atlet negara bersuka ria ketika sedang dalam latihan, dan aksi mereka di dalam video tersebut juga kurang sopan.

Walaubagaimanapun, hampir kesemua atlet terjun tampil memohon maaf di dalam sidang media yang diadakan dan memberi penjelasan terhadap isu tersebut selepas mendapat pelbagai kritikan terhadap klip video yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

 

Menurut Astro Awani online, Chew Yi Wei mengakui bahawa figura dalam video tersebut adalah mereka dan di dalam sidang media tersebut, mereka menzahirkan kekesalan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Tidak mahu menyalahkan mana-mana individu yang menyebarkan video tersebut, Yi Wei mengakui bahawa video tersebut diambil ketika meraikan malam Tahun Baru Cina tahun ini. Ekoran daripada tularnya video ini, kejadian itu berlaku diluar pengetahuan jurulatih dan telah diadakan di tempat persendirian,kami telah meminum bir dan menari yang menjadi rutin mereka ketika hari rehat.

Pengarah Program Podium Tim Newenham menjelaskan dalam sidang media tersebut, bahawa mengambil alkohol merupakan larangan dalam kalangan atlet sepanjang mereka latihan, dan mereka-mereka yang terlibat ini harus dikenakan hukuman berat termasuk kemungkinan dikeluarkan dari program terbabit.

Bintang terjun negara, Pandalela Rinong yang turut terlibat dalam video itu berkata beliau menyerahkan siasatan berkenaan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Kami di sini adalah untuk memohon maaf dan selebihnya itu (mengenai individu yang mengambil video tersebut) kami serahkan kepada pihak berkuasa.” jelas Pandalela kepada Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

IKLAN