
Ramai lelaki fikir obesiti cuma soal penampilan atau angka di penimbang, tapi hakikatnya ia adalah masalah kesihatan kronik yang boleh mengundang penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes.
Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2024, lebih separuh lelaki dewasa Malaysia mengalami abdominal obesity perut buncit yang menjadi faktor risiko utama penyakit kronik.
Melihat situasi ini, Bukit Tinggi Medical Centre (BTMC) tampil sebagai peneraju (championing) pendekatan multidisciplinary & medically supervised untuk pengurusan berat badan.
Ia mempromosikan cara yang lebih selamat dan teratur, berasaskan clinical screening, patient education dan long-term support, bukannya diet atau trend kesihatan yang tak teruji.
Kata Dr Nurul Nadiah, ramai lelaki cuba buat perubahan drastik tanpa memahami baseline kesihatan mereka.
Contohnya, terus potong makan atau workout berlebihan, yang akhirnya membawa lebih mudarat daripada manfaat.
Inilah pentingnya supervised weight management rawatan berstruktur di bawah pantauan doktor, dietitian dan fisioterapis.
Kaedah ini mempertimbangkan profil perubatan setiap individu, keperluan nutrisi dan tahap fizikal, memastikan proses penurunan berat lebih selamat dan berkesan.
Tak semua lelaki sanggup tinggalkan nasi lemak atau makanan kegemaran.
Ms Rama Parahakaran, Senior Dietitian di BTMC, memperkenalkan konsep “Food You Love, Done Differently” iaitu ubah suai menu supaya lebih sihat tanpa buang rasa asli.
Contohnya, nasi lemak portion kecil, guna nasi perang, dan ganti ikan bilis goreng dengan ayam panggang.
Matlamatnya ialah melatih diri membuat pilihan sihat secara konsisten walaupun musim kenduri, lepak mamak atau open house.
Ramai lelaki obesiti hadapi masalah lutut, belakang atau postur akibat berat berlebihan.
Kiran Kaur, Physiotherapist di BTMC, tekankan bahawa senaman perlu dilakukan dengan betul dan selamat.
Melalui AI-assisted mobility assessments, fisioterapis dapat memantau kekuatan, imbangan dan tahap mobiliti pesakit.
Perancangan senaman disesuaikan dari sesi ke sesi untuk elak kecederaan.
Lelaki yang dulu elak naik tangga kini boleh bergerak bebas tanpa sakit bonus keyakinan diri sekali.
BACA LAGI : Bukan Sekadar Minum Kopi Kafe Ini Ajak Pelanggan ‘Reset’ Minda Dengan Brisk Walk
Karthikeyen, 37 tahun, kongsi pengalamannya sebelum kahwin dia cuba turunkan berat sendiri, tapi sering gagal.
Selepas dapat bimbingan doktor, dietitian dan fisioterapis, semuanya lebih jelas dan teratur.
“Saya masih dalam perjalanan, tapi kali ini saya tahu saya buat dengan cara yang betul,” katanya.
Kisah ini membuktikan bahawa dengan sokongan berterusan dan panduan profesional, lelaki mampu capai matlamat kesihatan tanpa perlu mengorbankan kesihatan mental atau fizikal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.