
Ramai pelari obses dengan jarak dan pace, tapi jarang beri perhatian pada kekuatan otot. Kalau tanya kebanyakan runner, jawapannya senang, “Asal boleh lari jauh dan laju, cukup.”
Hakikatnya, tanpa asas strength training, prestasi larian akan cepat stagnant, malah risiko kecederaan juga meningkat.
Lihat saja atlet maraton dunia. Mereka bukan sekadar berlari berjam-jam, tetapi juga meluangkan masa di gim membina kekuatan otot. Sebab itu, stamina mereka bukan sahaja konsisten, malah lebih efisien dari segi penggunaan tenaga. Dalam dunia fitness moden, strength training bukan pilihan sampingan, tapi komponen utama untuk sesiapa yang serius mahu jadi pelari lebih baik.
Bagi lelaki khususnya, gabungan larian dan strength training memberi kelebihan berganda. Anda bukan sahaja jadi runner yang lebih laju, tapi tubuh juga lebih tegap, stabil dan tahan lasak. Soalnya, apa sebenarnya manfaat strength training untuk pelari?
Runner kerap alami isu lutut, shin splints dan sakit pinggang. Strength training bantu perkuat otot sokongan seperti glute, hamstring dan core, sekali gus kurangkan beban pada sendi.
Bila otot lebih kuat, setiap langkah jadi lebih efisien. Runner tidak cepat penat kerana badan guna tenaga dengan optimum. Pace lebih konsisten tanpa perlu effort berlebihan.
Larian bukan sekadar endurance, tapi juga power. Latihan seperti squat, deadlift atau plyometric boleh tingkatkan explosiveness, menjadikan anda lebih pantas terutama untuk pecutan akhir.
Strength training bantu bina postur tegak dan stabil. Core yang kuat elak tubuh cepat melengkung bila penat, menjadikan teknik larian lebih kemas dan kurang membazir tenaga.
Otot yang kuat lebih tahan tekanan dan micro-tears semasa larian. Ini bermakna badan pulih lebih cepat selepas sesi intensif, membolehkan anda berlatih lebih konsisten.
Selain prestasi, strength training membentuk tubuh lebih atletik. Runner bukan saja rasa lebih bertenaga, tapi juga lebih yakin dengan penampilan dan kemampuan diri.
BACA: Larian Dengan Selamat, Ini Tip Elak Berdepan Ancaman Jenayah
Lari sahaja tidak cukup untuk jadi pelari yang tahan lasak dan konsisten. Strength training adalah “insurance policy” untuk badan anda bagi mengurangkan risiko kecederaan, meningkatkan prestasi dan membina keyakinan diri.
Jadi, kalau anda serius tentang dunia larian, jangan skip sesi gym. Ingat, pelari yang kuat bukan sekadar berlari jauh, tetapi juga mampu bertahan lama.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.