Kenapa Sukan HYROX Kini Sangat Popular?

Share

Dalam dunia kecergasan moden, sentiasa muncul trend baharu yang dilihat mampu menguji had fizikal manusia. Namun, tidak semuanya mempunyai struktur yang konsisten dan benar-benar menjadi platform kompetitif sejagat. Di sinilah HYROX muncul sebagai fenomena global yang menyatukan pelari, penggemar gym, atlet harian malah pendatang baharu dalam satu format standard yang diiktiraf di seluruh dunia.

Apa yang membezakan HYROX daripada acara fitness lain ialah keseragaman formatnya. Di mana pun anda bertanding, race-day tetap sama iaitu lapan stesen workout, lapan larian 1km dan satu objektif utama, habiskan secepat mungkin.

Foto: CNA

Keseragaman inilah yang menjadikan HYROX bukan sekadar acara kecergasan, tetapi platform perbandingan prestasi global. Atlet boleh menjejak masa, melihat peningkatan, dan membandingkan pencapaian tanpa mengira lokasi.

HYROX menggabungkan dua elemen asas fitness

iaitu ketahanan kardio dan kekuatan fungsian. Tiada halangan pelik atau gimmick. Segalanya jelas, konsisten dan boleh dilatih secara sistematik.

Mungkin sebab itu HYROX mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia kerana ia membawa struktur kompetitif yang mudah diakses oleh semua peringkat kecergasan.

Struktur HYROX: 8KM Larian, 8 Stesen Workout, Satu Misi

Setiap peserta akan berlari sejauh 8km dalam pecahan 1km. Selepas setiap kilometer, mereka perlu menyelesaikan satu workout station yang telah ditetapkan secara universal.

  1. 1km Run
  2. 1,000m Ski Erg
  3. 1km Run
  4. 50m Sled Push
  5. 1km Run
  6. 50m Sled Pull
  7. 1km Run
  8. 80m Burpee Broad Jumps
  9. 1km Run
  10. 1,000m Row
  11. 1km Run
  12. 200m Farmers Carry
  13. 1km Run
  14. 100m Sandbag Lunges
  15. 1km Run
  16. 100 Wall Balls

Setiap workstation menguji aspek fitness berbeza seperti kuasa, endurance, mobiliti, koordinasi dan grit mental.

Daripada menarik sled seberat puluhan kilogram ke wall balls yang benar-benar membakar bahu serta jantung, HYROX tidak menawarkan ruang untuk sembunyi di belakang kekuatan tertentu. Anda perlu serba boleh dan benar-benar bersedia.

Adakah HYROX Sesuai Untuk Pemula?

Jawapannya, ya 100 peratus. HYROX direka untuk semua peringkat kecergasan. Anda hanya perlu pilih kategori yang sesuai.

  • Open – lebih ringan, sesuai untuk mereka yang ingin mencabar diri atau mencuba HYROX buat kali pertama.
  • Pro – untuk atlet berpengalaman dengan kekuatan dan stamina lebih tinggi.

Menurut Jake Dearden, jurulatih HYROX dan atlet Elite 15:

“Tahap penyertaan memang rendah. Ini kerana gerakan dalam HYROX tidak memerlukan kemahiran yang terlalu tinggi. Sesiapa sahaja boleh sertai sama ada anda hanya seorang gym-goer biasa atau seorang atlet HYROX yang komited.”

Walaupun mudah untuk masuk, HYROX tetap memerlukan asas kecergasan yang kukuh. Ia bukan acara gimmick; ia benar-benar memaksa anda keluar daripada zon selesa.

Ramai gym-goer menyertai HYROX kerana ia memberikan sasaran latihan yang jelas dan boleh diukur.

Kategori Usia dan Format Race HYROX

HYROX terkenal sebagai acara inklusif yang merangkumi pelbagai peringkat umur. Kategori usia dibahagikan kepada segmen lima tahun, bermula dari bawah 24 hingga 85–89.

Format berlainan turut ditawarkan:

Singles Open & Pro

Kategori individu yang membezakan diri melalui berat equipment bagi lima stesen workout.

Doubles & Doubles Pro

Dua peserta, sama ada lelaki, wanita atau campuran. Kedua-duanya perlu berlari tetapi stesen workout boleh dibahagikan.

Relay

Kategori paling mesra pemula. Empat ahli pasukan, setiap seorang menyelesaikan dua stesen dan dua larian.

HYROX Workout: Standardised, Measurable, Addictive

Tiada masa cut-off, tiada eliminasi, tiada halangan pelik. Anda perlu habiskan semuanya. Ia menjadikan HYROX satu pertandingan yang boleh disertai semua orang tetapi tetap intens. Keseluruhan perlumbaan menguji kekuatan otot, stamina kardiovaskular, teknik serta konsistensi mental.

Revolusi Baharu

HYROX ialah revolusi baharu dalam dunia fitness. Tiada gimmick, tiada kekeliruan, hanya cabaran sebenar yang mengukur kemampuan fizikal serta mental.

BACA: Astro Kita RunFest 2025, Festival Gaya Hidup Aktif & Perpaduan Meriah di Serenia City

Dengan format global yang standard, ia mewujudkan komuniti antarabangsa yang berkembang pesat.

Sama ada anda pelari, gym addict atau seseorang yang mahukan pengalaman kecergasan yang bermakna, HYROX menawarkan pentas yang adil, inklusif dan cukup mencabar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim