Kisah Hebat Damiral Imran Dari Bilik Kecil ke Jualan Kad Pokemon RM1.87 Juta!

Share

Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila mendakwa berjaya menjual koleksi kad Pokemon miliknya pada harga RM1.87 juta pada Isnin.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh lelaki yang dikenali sebagai Damiral Imran menerusi hantaran di Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia).

Kejayaan Besar Damiral Imran Dalam Dunia Kad Pokemon

Damiral menyatakan rasa syukur atas kejayaan jualan berkenaan, iaitu kurang 10 hari selepas dia menyatakan hasrat untuk menjual koleksi tersebut pada 18 Oktober lalu.

Menurutnya, koleksi itu bukan sekadar barangan hobi, tetapi simbol semangat dan usaha selama bertahun-tahun.

“Koleksi kad Pokémon saya dengan rasmi terjual RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam hingga mencipta sejarah dalam dunia Pokémon. Ini bukan sekadar jualan, ini kisah tentang semangat, usaha dan legasi,” katanya.

Facebook : Damiral Imran

Koleksi Kad Pokemon Bernilai Tinggi

Koleksi milik Damiral dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dan terdiri daripada ratusan kad serta kotak yang disusun rapi di dalam sebuah bilik khas.

Setiap kad mempunyai nilai sentimental dan pasaran yang tinggi dalam komuniti pengumpul kad Pokemon.

Sebelum koleksi itu dijual, Damiral mendedahkan beliau telah menerima tiga tawaran pembeli dengan bidaan tertinggi mencecah RM1.68 juta.

Selain itu, beliau turut membuka pilihan trade-in dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.

Menariknya, Damiral turut menawarkan komisen RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya membantunya mencari pembeli sebenar.

Tawaran ini menjadi tular di kalangan peminat kad Pokemon seluruh Malaysia.

Bonus Eksklusif Untuk Pembeli

Facebook : Damiral Imran

Antara tarikan utama dalam transaksi bersejarah ini ialah apabila pembeli bertuah turut menerima kad One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma sebagai tambahan.

Langkah ini sekaligus menjadikan jualan tersebut antara urus niaga terbesar dalam dunia koleksi kad di Malaysia.

Kisah Damiral Imran bukan sekadar kejayaan jualan semata-mata, tetapi menjadi inspirasi kepada komuniti pengumpul kad di seluruh negara.

Ia membuktikan bahawa minat yang diusahakan dengan sabar dan dedikasi mampu menghasilkan pulangan luar biasa.

Dengan pencapaian ini, nama Damiral kini disebut sebagai antara pengumpul kad Pokemon paling berjaya di Malaysia  membuktikan bahawa hobi juga boleh menjadi sumber kejayaan besar.

Sumber : Mstar

BACA LAGI : Motivasi Dato’ Aznil Hj Nawawi Rumah Pertama Jadi Pendorong Untuk Terus Bekerja Keras

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain