
Setiap lelaki akan tiba di satu larian persimpangan. Sama ada di depan cermin atau di hadapan doktor yang pastinya ingin menuntut perubahan.
Apabila angka pada penimbang, kolesterol dan gula mula memberi isyarat, nasihat profesional selalunya mudah.
Mulakan larian! Anggaplah 10 minit sehari bukan sebagai rutin, tetapi sebagai ritual untuk mengambil alih kawalan kesihatan anda.
Sains menyokong langkah pertama ini; kajian membuktikan larian singkat 5 hingga 10 minit secara konsisten sudah cukup untuk membina benteng pertahanan terhadap penyakit kronik.
Ini bukan sekadar tentang larian, tetapi tentang sebuah pelaburan paling bijak untuk kualiti hidup anda. Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah. Mari mulakannya hari ini.
BACA: Tip & Teknik Dapatkan Larian 10km Dalam Masa Sebulan
Sekumpulan saintis dari Belanda memberi rekomen kepada setiap individu untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.
Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah;
Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor perlu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.
Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.