Kecantikan

Lebatkan Rambut Dengan Minyak ‘Homemade’ Dari Buah Keras!

Share

Rambut yang lebat dan sihat seringkali dianggap sebagai simbol kekuatan dan daya tarikan bagi lelaki. Untuk mendapatkan rambut yang lebat, ada beberapa langkah yang boleh diambil antaranya dengan petua buah keras ini.

Buah keras atau dikenali sebagai buah kemiri ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk rambut. Cara penggunaannya pula melalui minyak yang diperolehi daripada buah tersebut.

Lebatkan Rambut Dengan Minyak Buah Keras ‘Homemade’

Menurut perkongsian Amanda atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial, untuk menghasilkan minyak Buah Keras ini tidak menggunakan bahan herba lain untuk hasilkan minyak yang asli, cukup hanya menggunakan buah keras semata-mata.

Nak tahu detail ikuti langkah demi langkah pembuatannya.

Minyak Buah Keras

Bahan-bahan:
1 kg buah keras
Air

Cara Penyediaan :
1. Ambil buah keras dan tumbuk kasar buah keras dengan menggunakan lesung batu.


2. Setelah itu, masukkan buah keras yang telah ditumbuk ke dalam pengisar.


3. Sebelum dikisar, tambahkan air hingga menutupi buah keras dan pastikan buah keras tidak dimasuk sekali gus. Buat berulang-ulang kali untuk pastikan ianya dapat dikisar halus.

4. Kisar hingga halus


5. Kemudian hasil kisaran buah keras tadi, dituangkan ke dalam kuali dan rendam selama 24 jam. Ini penting untuk proses melembuatkan buah keras dan membantu mengeluarkan minyak buah keras ketika dimasak nanti. Pastikan ianya tidak direndam terlalu lama, bimbang akan berbau kurang enak. Memadai sehari semalam sahaja.


6. Kemudian masak selama 30 minit di atas api yang kecil dan selalu dikacau agar tidak hangus. Selepas itu biarkan sejuk.


7. Langkah seterusnya, perah bahan tersebut. Untuk dapatkan hasil perahan yang baik, gunakan kain untuk memerahnya.


8. Kemudian masak air perahan buah keras di dalam kuali dan proses ini mengambil masa 2-4 jam atau hingga terhasilnya minyak. Pastikan sentiasa dikacau.


9. Apabila minyak sudah terbentuk, asingkan hampas dan kemudian ditapis untuk asingkan minyaknya.

Sudah siap

Atau untuk anda yang ingin mengetahui lebih detail lagi cara pembuatan minyak buah keras ini. Boleh juga tonton video ini.

Antara kebaikan buah keras untuk rambut: 

  1. Merangsang Pertumbuhan Rambut: Minyak buah keras kaya dengan asid lemak yang membantu merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut.
  2. Mengurangkan Keguguran Rambut: Nutrien dalam buah keras dapat mengurangkan keguguran rambut dengan menyuburkan kulit kepala dan folikel rambut.
  3. Melembapkan Rambut: Buah keras merupakan pelembap semula jadi yang membantu melembapkan dan mengelakkan rambut daripada menjadi kering dan rapuh.
  4. Menghilangkan Kelemumur: Sifat antijamur dan antibakteria dalam buah keras membantu menghilangkan kelemumur dan masalah kulit kepala lain.
  5. Menambah Kilau Rambut: Penggunaan minyak buah keras boleh memberikan kilau semula jadi kepada rambut, membuatnya tampak lebih bercahaya dan sihat.
  6. Memperbaiki Tekstur Rambut: Asid lemak dalam buah keras membantu memperbaiki tekstur rambut, menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus.
  7. Melindungi Rambut: Kandungan antioksidan dalam buah keras melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.

Selamat mencuba!

IKLAN